in

RetroCubprix: YAMAHA SS2 TEAM BP CHEE SENG

Livery Tim Cubprix Retro Mengusik Kenangan Lama Oyeahhh!

Yamaha SS2 adalah model kedua selepas Yamaha SS. Kalau tak silap, Yamaha SS first model dikeluarkan pada tahon 1992 dengan klac tangan semi auto. Maknanya, klac tangan ni tak fully manual lah masa tu. Apabila datang model Yamaha SS Two sekitar 1997, ada dua versi masa tu yaitu Racing Spirit dan Dual Clutch dengan cc yang sama yaitu 110. Versi Racing Spirit adalah 100 persen berkonsepkan racing dimana ianya fully manual clutch/klac tangan penoh. Tak tarik klac masa nak boh gear 1, kompom motor mampos terkejot Nohhh!

Sekitar pertengahan 90an, untok resing motor cc kecik di Malaysia ni yang paling karan elektrik adalah Cubprix. Masa tu, sekitar tahon 94-95, aura resing Cubprix amat menggila. Nama2 top raider/joki masa tu rasanya tak payahlah Gua tulis sini sebab Gua yakin, sesiapa saja yang sedang membaca artikel nih sekarang ni lebeh tahu dan lebeh kenal diaorang dari Gua. Gua masa tu minat jugak Cubprix, tapi masa tu minat lebeh tertumpu ke bidang muzik berat. Resing/Racing ni minat gila jugak, tapi kehidopan di kampong yang serba kekurangan, dengan umor baru belasan tahon, mana nak mampu pakai motor. Mampu tengok aja. Nasib baik ada member sekampong nak jual gitar kapok dengan harga RM20 ringgit. Angkat gitar lah dulu keh keh! Motor? pakai aja lah Honda GBO yang ekornya diikat dengan dawai sebab kondisinya rabak nak putos. Motor tu pon ihsan dari bapak sedara Gua.

Okay, kisah jentera Yamaha SS Racing Spirit berkonsepkan Team BP Chee Seng yang sedang Lu Orang tengok sekarang nih adalah sebuah penghargaan dan throwback kenangan zaman 90an. Ianya dimileki oleh Brader Mohd Idzwan Suhairy, pemuda yang berasal dari Pahang tapi la ni dia dok menetap di Penang. Mohd Idzwan adalah salah seorang pengkagum, pengikot tegar dan penyokong setia perlumbaan Cubprix di zaman 90an dulu. Disebabkan keghairahan dan full support kepada Tim BP Chee Seng, dia telah membuat sebuah jentera Yamaha SS Racing Spirit mileknya dengan tema dan warna Tim tersebot.

Sebenarnya, Mohd Idzwan bukan sekadar minat Racing, tapi dia sendiri adalah seorang Raider yang pernah main di trek2 mini sekitar semenanjong Malaysia nih. Walaupon tak pernah join Race dalam Malaysian Cubprix, tapi dia pernah race kat trek2 macam Trek Elite dan jugak Trek UniMap Perlis. Semangat dan minatnya dalam bidang resing meresing nih bertitek tolak dari keghairahannya melehat tim BP Chee Seng lah. Masa tu, ada dua Raider/Joki yang sangat power main dengan BP Chee Seng, sorang bernama Halim Zahid (Kategori Expert) dan sorang lagi nama Jabbar Che Mat (Kategori Novis). Masa tu syok layan Cubprix sebab nama2 kategori tak berbunyi teknikal sangat. Novis.. Expert..gitu aja. Sekarang ni Ada nama kategori agak hi class.. CP125..CP150.. Pro Am.. NVX Challenge..Dash 125 Challenge.. Biasa lah..motor makin banyak variasi, kena lah buat banyak kategori Nohhh!

Raider Expert Tim BP Chee Seng ni (Halim Zahid) sebenarnya bukan calang2 Raider dalam Cubprix. Namanya pernah jadi bualan hangat masa tu dan dibagi gelaran Raider Miskin. Ini semua gara2 penampilan pertamanya di Racing Cupbrix (kategori persendirian kalau tak silap..kalau tak silap lah yea..). Masa tu dia cantas habeh joki2 lain, dan dia ketika tu pakai racing sut yang amat menyedehkan. Dahlah Sut pon pinjam, Zip problem, dan kalau tak silap ada part yang bertampal salotep Gua cakap Lu brader! Tapi, disebalek kekurangan itulah dia berjaya kitai abeh Raider2 lain yang lebeh ‘kaya’ dari dia heh! Respek lah Brader!

Mungkin disebabkan kehebatan dan aura Raider2 yang beraksi dalam Tim BP Chee Seng nih, maka Mohd Idzwan menjadi teransang dan inzal pada tahap 4 kat tim nih. Jentera Yamaha SS 2 Racing Spirit mileknya nih telah di kalerkan dengan warna rasmi Tim BP Chee Seng. Stikernya telah dibuat di Bluefire Studio. Walaupon jentera nih bukanlah dibikin dengan full racing spec, tapi ada lah serba sikit dia boh kat motor nih untok menaikkan syahwat racing tuh. Antara yang dia pakai adalah Karbereta Kawasaki Kips, Ekzos KMC, Footrest TZM dan Saspensi Nob1. Tayar depan dan belakang dia pakai jenama Pirelli Corsa.

Jentera ni dia akan buat lepas gian dia sekitar area stadium Batu Kawan Pulau Pinang. Situ kan banyak kawasan parking2 yang tak kacau dengan orang. Layan jugak lah ujong2 minggu main kona situ Nohhh! Yang penting pakai full set Racing Sut lah.

Sebagai pemberitahuan, Tim BP Chee Seng ni pon dah takdak dah dalam dunia Cubprix Malaysia. Raider2nya ada lagi, dan inshaAllah lepas nih kalau ada rezeki kita bikin review pasal Raider2 BP Chee Seng pulak Nohhh! Buat brader Mohd Idzwan, semoga saksess selalu dan simpanlah jentera ni baik2, mana tau ianya akan jadi rujokan di masa2 depan nanti Nohhh!
Rock N Ride!

Owner dan Specs :

Nama:Mohd Idzwan Suhairry
Umur:32
Asal:Pahang/Mentakab
Menetap:Penang
Motosikal:Yamaha
Model:SS2 Racing Spirit
Carb:Kawasaki Kips
Suspensi:Nob1
Tayar:Pirelli Corsa
Ekzos:KMC
Footrest:TZM
Tema:Yamaha SS2 Team Bp Chee seng

Malaysia Cubprix 90an Retro Concept.

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SKOOT RT3 250cc TERHOTTT DARI WMOTO!

BANGSAL LEBAH CUBCROSS TRACK DAY 2021 PATOH SOP