in

AVETA VADV 150 HYBRID Terima Pengiktirafan 5 Bintang Dari MyMAP!

Skuter ‘Adventure’ dengan trenkuasa hybrid, Aveta VADV150 Hybrid (2023) memperoleh penarafan lima bintang daripada Malaysia Motorcycle Assessment Program (MyMAP).

Majlis penyerahan sijil pengiktirafan 5 bintang MYMAP kepada Mr. Max, Managing director Aveta Malaysia telah disempurnakan oleh Ts Azhar Hamzah yang mewakili MIROS ketika acara Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung di MAEPS Serdang. Aveta VADV150 Hybrid berjaya memperoleh penarafan 5 bintang MyMAP selepas berjaya melepasi beberapa siri ujian yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

* Penerima Penarafan 5 Bintang dari MyMAP perlu melepasi penilaian empat kriteria utama yang ditetapkan iaitu pematuhan terhadap piawaian Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE), Pematuhan Pengeluaran (COP), teknologi ciri keselamatan dan program sokongan keselamatan pengguna.

AVETA VADV150 Hybrid yang dilancarkan pada Mac 2023 didatangkan dengan enjin berkapasiti 150cc SOCH dengan penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa 16.2 hp dan 14.6Nm. AVETA VADV 150 Hybrid juga dilengkapi dengan kamera DVR yang boleh merakam pada bahagian hadapan dan bahagian belakang sekaligus menjadikan skuter ini satu-satunya skuter yang mempunyai dual kamera dipasaran Malaysia.

AVETA VADV 150 Hybrid datang dengan tiga warna yang menarik iaitu Yellow Topaz, Blue Sapphire, and Red Ruby. Harga AVETA VADV 150 Hybrid adalah RM 13,980 Ajerrr (tanpa insuran & cukai jalan).

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BERHARGA RM 6,988 Ajerrr, WMOTO GEMMA 125 BIKIN HATI YUSRAN PENASARAN DONG AHHH!

BERHARGA RM11,818.00 Ajerrr, INILAH Y16ZR DOXOU LIMITED EDISHEN 2023 YANG DITUNGGU-TUNGGU!