in

ALIAS SAMARATIN, DARI BOLASEPAK KE LITAR CUBPRIX PRIVATEER 90an! KAGOM!

Yas, atau Yas Motor Club ataupon YMC adalah merujok kepada individu yang sama kepada pemilek nama Mohd. Alias Bin Samaratin. Anak jati Perlis Indera Kayangan dan pernah suatu masa bercita-cita nak jadi pemain bola profesional, tapi akhirnya terbabas ke arena litar Racing Cubprix Nohhh!

Berusia awal 50an sekarang nih, Alias ataupon Yas mula minat dalam bidang permotoran pada usia seawal 10-11 tahon lagi. Masa tu, sekitar pertengahan 80an, Televishen dah ada siarkan race MotoGP. Yaaa… Gua pon maseh ingat lagi, masa tu Gua pon kecik lagi, dan dok terbayang-bayang jugak aksi racing motoGP kat dalam TV masa tuh. Paling keji adalah, masa tu bukan fokus kat skill Raider, tapi dok doa agar Raider tu terbabas masa time koner. Syok sangat pulak dok tengok Raider terbabas dan terseret ke tepi litar heh! Syok tengok orang jatoh! Jijik betoi perangai! Empiii!

Lepas dah meningkat remaja, Yas yang memang minat Racing motor dah masa tu, terpaksa lupakan pasal racing sebab modal sangat tinggi, sedangkan motor pon dia takdak… Nak race lagu mana? Last2, dia pileh main bola lah sebab kos lebeh murah. Maka, diawal 90an, dia pulon lah join lawan bola sana sini, wakil sekolah dan wakil daerah. Sampai lah satu peringkat, minat bola punya pasal, dia sanggop naik bas dari Beseri (kampong dia) ke Stadium Kangar semata-mata untok ikot serta berlateh dengan Tim Bakri Ibni (pemain Perlis). Dia memang pulon gila lah masa tu untok menempatkan diri dalam bidang ‘perbolasepakan’.

Tapi, macam kapal selam jugaklah… Kalau nama saja kapal selam tapi bila dalam laut dia tak buleh tenggelam, maka lebeh baik kapal tu dibawak naik ke atas darat lah senang. Fuhhh… rare gila perumpamaan nih keh keh! Pendek cerita (sebelom Panjang cerita baik kita bagi Pendek yang cerita Nohhh) perjuangan Yas di bidang bola sepak kurang saksess, tidak terpileh untok jadi player dalam Piala Razak bahkan tidak mampu menyaingi kehebatan pemain2 lain diwaktu itu. Kata Yas, Semangat saja tidak cukop kalau ianya tidak datang dengan bakat terpendam atau bakat semulajadi. Bolasepak adalah seni, walaupon nampak macam mudah aja nak main. Bolasepak bukan semata2 berkenaan kebolehan lari laju, atau pandai menggelecek, atau kental ‘bertoh’ tak tumbang, tapi Bolasepak adalah kombinasi fizikal dan mental cerdas serta naluri. Sebab tu Bolasepak buleh dikategorikan sebagai salah satu sukan yang punyai seni tersendiri.

Maka, bila bolasepak dah takdak jalan, Yas buat keputosan untok masok Giatmara. Di usia 18 tahon gitu, dia mempelajari dan membaja semula minatnya yang satu lagi yaitu MOTOR! Setel belajar bab motor di Giatmara, bermulalah kerjayanya yang sebenar sebagai pomen. Diawal 90an, race Cubprix sudah memulakan acara dan sekitar 1992, satu acara race diadakan di Alor Star. Masa tu jiwa racing Yas mula bergelora. Akhirnya, dia mula bikin motor untok join Race. Waktu awal2 karier dulu, Yas hanya jadi pomen, dan ada Raider lain yang bawak motor dia.

Tahon 1996 barulah Yas jadi Joki merangkap pomen untok motor dia. Dia tapau semua lah waktu tuh. Menareknya, masa tu, Yas main redah saja tanpa sebarang tunjok ajar dari sesiapa pon. Nak cari guru mana di Perlis masa tu? Maka semuanya dia suson dan belajar sendiri saja lah. Dengan segalanya datang dari perbelanjaan poket sendiri, ternyata kehadiran Yas di litar Cubprix pertengahan 90an mendapat perhatian ramai sebab dia berada pada kedudokan 10 pelumba teratas.

Pernah satu masa, kedudokannya berada dinombor 2, dibawah Obert (Rosnizam Mohd Noor) yang ketika itu berada di takhta nombor 1. Bayangkan, Yas hanya Raider persendirian (tanpa sebarang sponser) tapi mampu berada pada kedudokan nombor 2 ketika itu (dalam kategori Novis). Namanya harom dalam perlumbaan Cubprix masa tu, dan menjadi sebotan ramai awel.

Sampai pada satu ketika, dia join satu race anjoran Modenas kalau tak silap, dan ketika itu dia ditaja oleh pasokan tersebot. Masa tu dia mula berasa syok sikit sebab semuanya diuroskan oleh pasukan, dia hanya turon ke litar untok race saja. Terasa la macam Raider pro masa tu Nohhh hehe. Setel race tu, dia agak terkejar untok siapkan jentera RG Soprt dia, maklomlah nak join race Cubprix pulak lah. Waktu ni dia punya nama, dia punya skill dalam bidang pomen amat viral lah di Perlis.

Hanya beberapa hari saja lagi untok perlumbaan cubprix, rupanya ada petaka yang sedang mengintai Yas. Masa tu motor dah siap, dah nak bawak naik lori dah untok ke trek race, tapi ntah macamana, ada member pergi ke bengkel dia dan mintak nak ambik timing. Nak set masa lah. Maka Yas pon bawak lah motor yang dia dah siap setting tuh. Dan petaka berbisa pon tidak menunggu lama. Iya lah… malapetaka itu sememangnya sudah lama mengintai dari celah-celah dedaunan rumpot, maka hari itu adalah hari yang amat sesuai untok ia keluar merangkol mangsa. Yas pada ketika itu sedang topspeed, tapi entah dari mana, tiba2 muncol jentera Backhoe didepan laluan, dan hanya sedetik selepas itu semuanya jadi kelam zulmat…

Pendek cerita, selepas sehat semula (banyak part2 dibahagian badan Yas patah riuk akibat eksiden tu) keghairahan untok berlumba semakin menuron. Yas ada jugak join race selepas dia eksiden tu, tapi kerakusan, kejahatan, kebengisan, amarah dan ghairah di litar nampaknya makin layu bahkan mengheret Yas menjadi penakot di litar. Inilah akibat yang terpaksa Yas tanggong selepas terlibat dalam kemalangan tempohari. Nampaknya badi Bekho sangat mengerikan, menggugorkan segala kekuatan dalaman. Dan, pada ketika itu, Yas lebeh banyak fokus kepada bisnes bengkel motornya saja, dan kalau ada kawan atau sapa2 yang nak mintak tolong berkenaan Race, dia akan tolong lah. Penglibatannya selepas dia eksiden tu hanyalah sebagai orang belakang tabir saja.

Dan, sehingga ke hari ini, walaupon Yas sudah tidak aktif dalam bidang Racing, nama dia tetap jadi sebotan. Kalau di Perlis, Yas maseh lagi dianggap sebagai lejen dalam bidang permotoran tempatan. Semoga YMC akan teros saksess dalam perniagaan bengkel motorsikal di Bohor Temak, Kangar Perlis. (Bengkel YMC terletak berhadapan dengan Petronas Bohor Temak, Kangar Perlis).

Yas mungkin tidak akan kembali berlumba di litar lagi, tapi kalau ada sesiapa yang berminat untok berguru dengan dia, inshaAllah dia akan bantu. Pergi lah cari dia di bengkel YMC Bohor Temak tu Nohhh!
Teros Maju Jaya YMC !

Rock N Ride Nohhh!

*Layan video interview bersama Yas dibawah.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

THAI MALAY BIKEWEEK 2023 AMAT MENDEBARKAN KEIMANAN NOHHH! HAMPIR 10K BIKERS BERKUMPOL TUGEZER!

THE PANTHER LIZARD OF PANDAMARAN!