in

SELAMA IS FOREVA: D’Lancong Fleet Merasai Oksigen Paling Terbaik Di Selama, Perak.

??????

D’ Lancong Fleet sekali lagi melalui program Pelancongan Motosikalnya merealisasikan “Eko – Adv Pelancongan 2 Roda Bersama Selama Tourism, KTM (TKC Motor Shop), Rievo, Givi, Foxdry, Rock Oil & Everxon Terra” di daerah Selama, negeri Perak sempena Visit Perak 2024. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan telah mendapat sokongan sepenuhnya dari Majlis Daerah Selama, Perak.

D’ Lancong Fleet adalah terdiri daripada Bro’s Moto Crew (Malaysia), Moto Mat Salleh, Majalah Kapcai Malaysia, Aku dan Rodaku, Kami Mengembara, Club Antique Motor Kulim dan Yamaha Sport Northern Community. Pasukan ini boleh dikenali dari laman media sosial mereka masing – masing (taip sahaja: #dlancongfleet di Facebook, Instagram, TikTok).

Objektif kembara dua roda ini adalah untuk mempromosikan negeri Perak terutamanya daerah Selama sebagai salah satu destinasi pelancongan motosikal mahupun keluarga. Usaha ini dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan kemasukan pelancong domestik dan luar negara khususnya para pelancong minat istimewa @‘niche’ melalui perkongsian maklumat.

Sebanyak 11 destinasi menarik telah diulas lengkap melalui penceritaan, video dan penulisan di laman media sosial Facebook, TikTok dan Instagram serta majalah atas talian. Tema promosi D’ Lancong Fleet bagi daerah Selama kali ini adalah; “Percutian Bajet dengan Kualiti Produk Pelancongan Yang Sama dengan Produk Pelancongan di Selatan Thai”.

Majlis Daerah Selama melalui Ketua Unit Pelancongannya, Tuan Mohamad Razif Ismail menyokong tema promosi ini dan turut menyatakan beberapa pencapaian oleh Majlis Daerah Selama yang telah berjaya membawa masuk seramai 130,150 orang pelancong dengan janaan pendapatan sebanyak RM620,336.56 bagi tahun 2023.

Nota Tambahan: Jika Lu Orang mencari-cari tempat percutian yang berunsorkan alam semulajadi, dikelilingi pemandangan bukit serta sumber oksigen terbaik, daerah Selama Perak adalah lokasi paling kami rekemen. Keluasan daerah Selama hampir sama dengan keluasan negeri Perlis, tetapi pendudoknya tidak sampai 100 ribu orang. Maka, di daerah Selama boleh dikatakan lokasi yang terbaik untok bernafas dengan oksigen yang paling sehat di Malaysia. Pergilah mencobanya Joyeahhh!

 

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

YYPANG MENGUMUMKAN BARISAN PELUMBA DAN MERASMIKAN HQ BAHARU

FIESTA RIDE SMART HONG LEONG YAMAHA SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA