Bersempena dengan sambutan hari Wanita Antarabangsa, Hong Leong Yamaha dengan kerjasama Persatuan Skuter Motosikal Malaysia (MMSDA, telah menganjurkan kempen keselamatan jalan raya tahunannya yang ke-26 dengan tema “Fiesta Ride Smart & Ride Selamat
Sebelum ini, kempen yang dianjurkan pada setiap tahun di kenali sebagai “Kempen Keselamatan jalan Raya Balik Kampung namun bermula pada tahun ini, kempen ini akan di kenali sebagai Fiesta Ride Smart & Ride Selamat, dengan objektif untuk mempromosikan amalan menunggang motosikal yang lebih selamat kepada penunggang wanita sempena sambutan hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Kempen Fiesta Ride Smart & Ride Selamat ini mencerminkan komitmen Hong Leong Yamaha Malaysia untuk memupuk pendekatan berpaksikan komuniti wanita yang peka kepada keselamatan jalan raya, selaras dengan gaya hidup kontemporari dan keperluan masyarakat.
Sambutan yang diadakan di stadium bola sepak Kuala Lumpur di Cheras itu telah dirasmikan oleh Pengerusi MMSDA, Datuk Wee Hong, dengan kehadiran Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad (HLI) Profesor Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei, dan lebih seribu wanita pemilik motorsikal Yamaha.
Dalam ucapan aluannya Profesor Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei, menegaskan dedikasi Hong Leong Yamaha untuk meningkatkan kesedaran keselamatan penunggang ketika berada di atas jalan raya. Beliau menyatakan, “sebagai sebahagian daripada tanggungjawab syarikat menjalankan aktiviti sosial, kami menyasarkan untuk memberi impak sosial yang ketara dengan melaksanakan inisiatif yang bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, sekaligus memberi kesan positif kepada masyarakat dan individu.”
Tahun ini, HLYM meraikan hari wanita antarabangsa dengan inisiatif perintis, penyatuan pemerkasaan wanita dan amalan menunggang selamat dan menghormati penunggang yang lain. Pada perhimpunan kali ini Hong Leng Yamaha melalui Kelab Dewi Yamaha telah berjaya memecahkan “Malaysia Book of Records” dengan mencatatkan jumlah kehadiran penunggang motorsikal wanita yang terbesar berkumpul di dalam satu acara permotoran. Wakil dari Malaysia Book of Record telah mengumumkan kehadiran seramai 1010 penunggang motorsikal wanita telah berjaya dikumpulkan di di stadium bola sepak Kuala Lumpur.
Di samping berjaya mencatatkan rekod mengumpul penunggang wanita, acara pada hari ini turut menyasarkan kepada membantu usahawan wanita yang berniaga dengan membuka ruang-ruang perniagaan kepada mereka untuk berniaga di tapak-tapak berniaga yang disediakan.
Kepada para peserta yang hadir, mereka berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan seperti cabaran dewi smart ride, menguji kemahiran menunggang, pemeriksaan motorsikal percuma, mencari harta karun dan banyak lagi, termasuk berpeluang untuk memenangi 2 unit motosikal Yamaha dan lain-lain hadiah yang menarik melalui acara cabutan bertuah. Selain itu, pengunjung akan menerima jaket keselamatan percuma yang ditaja oleh syarikat insuran P&O dan boleh juga menyertai program pertukaran topi keledar lama kepada topi keledar baharu yang ditawarkan di gerai yang ditaja oleh penyedia perkhidmatan pinjaman AEON (M) Berhad dan pengeluar topi keledar KHI.
Fiesta Ride Smart, Ride Selamat juga menyediakan ruang pameran untuk pengeluar barangan berkaitan dengan keperluan penunggang motorsikal dan eksesori motosikal. Antara pemamer yang turut menganmbil bahagaian adalah Jabatan Pengangkutan Jalan, GIVI Malaysia, tayar Maxxis, KYB, NGK(plug), RK(plug), KHI(helmet), RCB dan lain lain
Selepas pelancaran Fiesta Ride Smart, Ride Selamat 2024, komitmen HLYM terhadap kempen keselamatan dan pendidikan jalan raya akan diteruskan daripada 1 April sehingga 7 April 2024 di kedai pengedar sah yamaha terpilih yang akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan motorsikal secara percuma untuk memastikan penunggang motorsikal berada dalam keadaan selamat ketika berada di jalan raya.
Comments
Loading…