Modenas hari ini secara rasminya telah melancarkan skuter berkuasa pertengahan iaitu Kymco AK550 Premium, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Taiwan untuk pasaran Malaysia. Pelancaran dan ucapan aluan telah dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Tuan Roslan Roskan di sebuah hotel terkenal di Petaling Jaya Selangor
Skuter Kymco AK550 Premium mempunyai rekabentuk yang menarik dan dilengkapi dengan ciri-ciri canggih bersesuaian dengan kemajuan teknologi terkini dunia permotoran. Kymco AK550 Premium menggunakan lampu LED sepenuh, fork hadapan jenis terbalik, sistem brek baharu berteknologi tinggi Advanced Intelligent Braking System (AIBS), ketinggian cermin penghadang angin boleh laras, lampu nyalaan siang LED, dua mod tunggangan (basah dan sport) sistem kawalan cengkaman (TCS), pendikit elektronik, kawalan jelajah.
Kymco AK550 Premium turut menggunakan aplikasi mudah alih Noodoe menerusi sambungan Bluetooth, di mana penunggang boleh menggunakan peranti pintar yang boleh diakses menerusi skrin paparan LCD.
Kepada peminat skuter yang mengutamakan kuasa, skuter Kymco AK550 adalah jawapannya. Dengan kepaduan 51 kuasa kuda, yang dipadankan, Kymco AK550 Premium adalah pilihan yang tepat kerana ia jauh lebih berkuasa berbanding pesaing lain yang sekelas dengannya.
Harga jualan Kymco AK550 Premium bermula dari RM65,600.00 tidak termasuk cukai dan pendaftaran.
Dua warna menarik ditawarkan untuk pilihan pembeli iaitu warna Hitam dan warna Flat Brown.
Spefikasi Kymco AK 550 Premium:
Kapasiti Enjin: 550.4 cc dengan penyejukan cecair, DOHC 8V, 4 lejang, dua silinder sebaris.
Kuasa maksima: 50.9hp (37.5kW) @ 7500rpm
Torkmaksima: 52Nm @ 6000rpm
Tayar hadapan: 120/70 – R15
Tayar belakang: 160/60 – R15
Fork hadapan: Terbalik(USD)
Suspensi belakang: Horizontal Trailing Arm Rear Suspension
Sistem brek: Advanced Intelligent Braking System (AIBS)
Brek hadapan: AIBS Cakera Brembo 4-piston, berkembar 270mm
Brek belakang: AIBS Cakera Brembo tunggal 2 piston 260mm
Berat: 238kg
Tinggi tempat duduk: 785mm
Tinggi keseluruhan: 1,494mm
Dua port pengecas USB
Sistem pemula:Elektrik
Sistem fuel: Electronic Fuel Injection
Muatan tangki : 15 liter
Lampu LED: nyalaan siang hari DRL (daytime running light)
Lampu LED: Hadapan, belakang & signal.
Peminat yang bercadang untuk memiliki skuter Kymco AK550 Premium boleh membuat tempahan di mana mana kedai pengedar sah Modenas diseluruh negara.
Comments
Loading…