in

CUBPRIX FINAL ROUND: PETRONAS SPRINTA YAMAHA CKJ RACING UNGGOL MERANGKOL 1-2 NOHHH!

 

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix sudah sampai ke penghujung rancangannya dengan acara penutup tirai pada petang 26 November 2023 di Stadium Batu Kawan. Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing meraih kemenangan secara keseluruhan apabila Md Akid Aziz memenangi pusingan kesepuluh sekaligus menyambar takhta kejuaraan bagi kategori CP150.

Di sesi perlumbaan akhir itu, Akid dengan pantas mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Afif Amran di P2 dan Muzakkir di P3. Azroy yang juga memburu takhta di kedudukan kedua secara keseluruhan mengambil P4. Di lap kedua, Azroy berjaya memintas Muzakkir. Walapun duo sepasukan telah membuka jarak yang agak ketara di antara Azroy, pelumba jentera jenis Honda tersebut terus mengejar untuk menutup jurang tersebut. Di belakangnya, Muzakkir cuba mencari peluang untuk memintas. Azroy yang semakin laju mula membuka jarak dengan kelompok di belakangnya.

Di pertengahan perlumbaan 20-lap tersebut, Haziq Fairues yang berada di P4 cuba menutup jurang di antara Azroy tetapi Azroy meneruskan momentumnya dan mengelak sebarang kesilapan dan tekanan dari belakangnya. Sementara itu, duo sepasukan di hadapan meneruskan perlumbaan di kedudukan yang sama. Akid hebat mempertahankan kedudukan walaupun Afif Amran memberikan cabaran. Di lap terakhir, Akid meneruskan perlumbaan tanpa melakukan sebarang kesilapan sebelum meraih kemenangan dengan catatan masa 16’52:101s dan menyambut gelaran Juara bagi kategori CP150.

Menurut Akid, “Musim ini adalah musim yang sangat bagus untuk saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan dan krew serta ahli keluarga saya untuk dorongan dan persediaan sepanjang musim ini. Tahun ini memang sempurna bagi saya. Tidak pernah saya mendapat 9 kali podium. Maka, memang suatu pencapaian yang sangat memuaskan bagi saya. Saya juga amat bersyukur dengan keputusan dan pencapaian saya selama ini. Saya akan ke Buriram selepas ini. Saya akan buat yang terbaik. Jika ada rezeki, sudah tentu saya ingin berada di podium, jikalau tidak, saya akan cuba yang terbaik.”

Di tempat kedua adalah Ahmad Afif Amran dengan catatan masa 16’52:069s.

Azroy Hakeem Anuar mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 16’59:069s.

Bagi kategori CP125 pula, pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team menyambut kemenangan apabila Md Khairi Ashraf menyambar gelaran juara dengan Md Fareez Afeez sebagai pemenang bagi pusingan kesepuluh.

Di sesi “Shoot-Out” yang telah berlangsung pada pagi hari tersebot, Khairi Ashraf mencatatkan masa terpantas pada 53’394s lalu mengambil tempat pertama di grid. Di tempat kedua adalah Md Haziq Hamdan dari pasukan Castrol Power Ultimate Honda Racing Team dengan catatan masa terpantasnya pada 53’493s dan diikuti oleh Ahmad Syukran Aizat dari pasukan Tekhne Yamaha dengan catatan masa terpantasnya pada 53’732s.

Bermulanya perlumbaan pada petang hari tersebot, Fareez dengan pantas ke P1 tetapi di pintas oleh Naim dan Shafiq Ezzariq di selekoh pertama. Di selekoh terakhir, lap 1, kedua-dua pelumba YYPang memintas Naim dengan Shafiq di P1 and Fareez di P2. Khairi yang turut mengejar takhta kejuaraan berada di P4 sebelum memintas Naim di akhir lap kedua. Di lap ketiga, Naim terbabas dan Haziq yang mengambil P4 mula memberikan tekanan kepada Khairi. Dalam pada itu, duo di hadapan berjaya membuka jurang lebih kurang 3 saat dengan kelompok di belakang. Di lap keenam, Haziq berjaya memintas Khairi tetapi Khairi berjaya memintas Haziq di lap 8.

Persaingan di antara duo sepasukan bertambah sengit. Berbaki 4 lap, Fareez yang pada ketika itu telah memintas Shafiq cuba mengekalkan momentumnya di P1. Khairi mula membuka jarak di antara Haziq. Shafiq pula cuba menutup jurangnya dengan Fareez tetapi Fareez tidak memberikan peluang. Di lap terakhir, Khairi melakukan kesilapan dan Haziq berjaya memintas dari dalam. Aksi ‘potong tang kona’ itu amat2 dramatik dan sesiapa pon yang menyaksikannya pasti tersenyom puas bahkan terhibor dengan semangat yang ditunjokkan oleh Md Haziq Hamdan. Sementara itu, Fareez dan Shafiq menuju ke garisan penamat sebelum Fareez menyambar kemenangan dengan catatan masa 13’34:564s.

Menurut Fareez Afeez, “Saya agak kecewa pada permulaan perlumbaan tadi apabila saya terlajak di selekoh pertama. Tetapi saya cuba juga untuk meneruskan perlumbaan dan mengekori rakan sepasukan saya sebelum cuba memintas. Saya berjaya menutup jurang pada akhirnya dan ia telah memberikan saya kemenangan pada hari ini.”

Di tempat kedua adalah Md Shafiq Ezzariq dengan catatan masa 13’35:058s.

Md Haziq Hamdan dari pasukan Castrol Power Ultimate Honda Racing Team mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 13’38:316s.

Md Khairi Ashraf yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat di pusingan kesepuluh meraih gelaran Juara bagi kategori CP125 bagi musim ke-30.

Sementara itu, Md Farish Iqmal dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing menyambut kemenangan dan kejuaraan bagi kategori Wira KBS.

Di sesi kelayakan yang telah berlangsung sehari sebelom final, ketiga-tiga pelumba Bad Lab Honda KC Racing menyambar kedudukan barisan pertama di grid dengan Farish Iqmal di kedudukan pertama diikuti oleh Md Akif dan Adib Hareez masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.

Sesi perlumbaan final pada petang itu telah menyaksikan persembahan yang hebat daripada Farish Iqmal yang dengan pantas mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Iqram Danish di P2 dan Md Akif di P3. Di lap kedua, Adib Arsyad mencari peluang dan berjaya memintas Md Akif. Sementara itu, Syahmi Aiman berada di P4 manakala Adib Hareez, yang bermula di petak grid ketiga mengambil P5. Di lap ketiga, bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan untuk sementara waktu.

Perlumbaan bermula kembali dengan 6-lap. Farish tidak melengahkan masa dan terus ke P1 dengan pelumba sepasukan Iqram Danish dan Adib Arisyad di belakangnya. Iqram Danish tidak kurang hebat dan memintas Farish di lap ke-2. Berbaki 2 lap, Farish yang tidak berputus asa memintas Adib dari dalam. Md Akif yang berada di P4 berjaya ke P3. Di lap terakhir, Farish mengekalkan momentumnya dan memberikan persembahan terbaiknya sebelum ke garisan penamat sebagai pemenang pusingan kesepuluh dengan catatan masa 8’22:650s dan juga Juara kategori Wira KBS.

Menurut Farish Iqmal, “Pertama sekali, saya amat gembira dengan kejayaan saya. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya yang selama ini telah membuat persediaan yang terbaik sepanjang musim ini. Terima kasih juga kepada penyokong-penyokong saya yang tidak telah menaruh harapan tinggi terhadap saya. Pada waktu perlumbaan tadi, saya cuba mengekalkan momentum saya. Selepas bendera merah tadi, saya hanya fokus untuk mendapat kedudukan di podium. Walaupun Adib memberikan tekanan kepada saya, saya tidak putus asa dan akhirnya berjaya.”

Di tempat kedua bagi perlumbaan pusingan kesepuluh adalah Md Adib Arsyad dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing dengan catatan masa 8’23:028s.

Di tempat ketiga pula adalah Md Akif Abdullah dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing dengan catatan masa 8’24:430s.

Sampai ketemu lagi di Cubprix musim 2024 Nohhh!

 

 

Top 5 Winners and Overall Champion:

Round 10

 

CP150:

1. Md Akid Aziz, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 16:52.101

2. Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 16:52.290

3. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY ESTREMO TEAM, 16:59.069

4. Md Haziq Md Fairues, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 17:06.226

5. Kasma Daniel Kasmayudin PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 17:10.369

Overall Champion:

1. Md Akid Aziz, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, 191

2. Ahmad Afif Amran, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, 159

3. Azroy Hakeem Anuar, Honda Yuzy Estremo Team, 144

Team Champion:

1. PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing Team

2. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor

3. Honda Yuzy Estremo Team

CP125

1. Md Fareez Afeez Abd Rahman, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM 13:34.564

2. Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 13:35.058

3. Md Haziq Md Hamdan, CASTROL POWER1 ULTIMATE HONDA RACING TEAM, 13:38.316

4. Md Khairi Asyraf Mahmood, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 13:39.326

Overall Champion:

1. Md Khairi Ashraf, Jetron Yamaha YYPang Racing Team, 167 points

2. Md Shafiq Ezzariq, Jetron Yamaha YYPang Racing Team, 150 points

3. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR Racing Team, 96 points

Team Champion:

1. Jetron Yamaha YYPang Racing Team

2. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor

3. PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing

5. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 13:40.131

Wira KBS

1. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, BAD LAB HONDA KC RACING, 8:22.650

2. Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, 8:23.028

3. Md Akif Abdullah, BAD LAB HONDA KC RACING, 8:24.430

4. Md Aiman Md Hafis, AS25 HONDA RACING TEAM, 8:36.828

5. Md Firdaus Effendy Suhaimi, AS25 HONDA RACING TEAM, 8:37.181

Overall Champion:

1. Md Farish Iqmal, Bad Lab Honda KC Racing Team, 175 points

2. Md Iqram Danish, Yamaha Estremo 27 Racing Team, 148 points

3. Amirun Haziq Johan, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, 141 points

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PUSAT 4S KEDUA KAWASAKI ALL STAR KINI DI SETAPAK KL

HYO FADDY RACING TEAM : ‘Chempien’ Pro Am Cubprix 2023!