in

EMOS MEMPERKENALKAN BARISAN MODEL WARNA & GRAFIK BAHARU 2024

Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), hari ini mengumumkan barisan model Modenas dan Kawasaki dengan warna dan grafik baharu untuk tahun 2024 yang sememangnya menarik untuk pasaran Malaysia.

2024 MODENAS Z250 ABS
Warna: Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony Frame Golden Blazed Green. Harga yang disyorkan murah ajer RM20,600.

Z250 ialah model “naked” yang dikuasakan oleh enjin silinder berkembar 35ps, ditempatkan dalam kerangka “trellis”. Ia dibezakan dengan suspensi hadapan 41mm dan merangkumi reka bentuk tandatangan “Sugomi”, ciri khas siri Z.

Skim warna baharu kebanyakannya berwarna kelabu, dilengkapi dengan kerangka hijau metalik yang memberikan penampilan yang lebih menarik dan padat.

 

2024 MODENAS Z650 ABS
Warna: Candy Persimmon Red / Noble Frame Metallic Red / Wheel Metallic Persimon Red.
Harga yang disyorkan: RM35,200.

Model 2024 mengekalkan spesifikasi yang sama seperti model sebelumnya tetapi memperkenalkan warna dan grafik baharu yang dikemas kini. Warna baharu, Candy Persimmon Red yang menyerlah, yang turut dipadankan dengan kerangka serta “sportrim” dengan skema warna merah. Siri Z kini kearah yang lebih berani dengan lagi koleksi model serta menawarkan grafik merah pada hampir semua ahli keluarga Z yang akan diumumkan tidak lama lagi.

2024 Kawasaki KX250
Warna : Lime Green
Harga yang disyorkan: RM35,000

KX250, legenda “off-road” yang terkenal, kini menampilkan warna “Lime Green” yang menampakkan motor tersebut bersedia untuk menangani laluan paling mencabar.

2024 Kawasaki KX250X
Warna : Lime Green
Harga yang disyorkan : RM35,500.

KX250X juga menerima warna “Lime Green” dan perbezaan antara Kawasaki KX250X 2023 dan 2024 ialah grafik pelindung radiator dan warna pelindung suspensi hadapan.

2024 Kawasaki Versys 1000 SE
Warna : Phantom Silver / Metallic Diablo Black
Harga yang disyorkan: RM81,900

Model ini telah direkabentuk semula pada tahun 2021, mengikut konsep “ANY ROAD, ANY TIME”. Ia mempunyai enjin empat silinder, memberikan respon yang luar biasa dan pengendalian fleksibiliti yang tinggi, di samping suspensi dikawal secara elektronik yang dipertingkatkan dengan teknologi “Skyhook” dari SHOWA.

Untuk model 2024, model ini didatangkan dalam skema warna dan grafik baharu tanpa pengubahsuaian pada spesifikasi.

2024 Kawasaki Ninja 1000SX
Warna : Emerald Blazed Green / Metallic Diablo Black / Metallic Graphite Grey.
Harga yang disyorkan: RM71,400

Model 2024 yang diperkenalkan kali ini mengekalkan teknologi dan prestasi yang sama seperti model sebelumnya, tetapi lebih kepada kekemasan warna yang memberi ruang kepada pengenalan tiga warna baharu. Muka hadapan kini memaparkan kemasan hitam yang premium serta meningkatkan daya tarikan visualnya.

Varian warna dan grafik baharu bagi tahun 2024 kini dalam stok di pengedar sah Kawasaki. Lawati pengedar terdekat anda dan alami model ini dalam penampilan baharu mereka yang menawan. Untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan terkini, layari laman web rasmi MODENAS dan/atau KAWASAKI Malaysia di https://modenas.my/v2/ dan/atau http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MALAYSIAN MOTORCROSS CHAMPIONSHIP 2023 Round 3

HARI RAYA RETROMANIA 2023 BERJAYA MENGUMPOLKAN HAMPIR 25 RIBU PENGUNJONG NOHHH!