Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), telah mengadakan satu majlis pelancaran dan serahan motorsikal Modenas Ninja ZX25R di Kuala Lumpur baru-baru ini. 100 pembeli pertama Modenas Ninja ZX25R yang datang dari seluruh negara telah dijemput khas untuk menerima motorsikal mereka dalam majlis tersebot. Mereka menjadi antara rakyat Malaysia pertama yang bertuah berjaya menunggang Modenas Ninja ZX25R yang menjadi idaman dan sebutan di kalangan peminat motorsikal sportbike 4 dapur sejak setahun yang lalu. Majlis penyerahan beramai ramai ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran, George Kashiwagi.
Encik Abdullah yang datang dari Johor Bharu dan bro Redwan dari Cheras meluahkan rasa gembira dan bangga kerana berjaya memiliki dan menjadi antara pemilik terawal Ninja ZX25R di Malaysia. En. Abdullah yang datang bersama isteri dan anaknya memberitahu, beliau yang memiliki sebuah motorsikal Retro Yamaha TZM dan sebuah kapcai untuk berulang alik bekerja di Singapura berhasrat untuk menggunakan Modenas Ninja ZX25R sebagai kenderaan pengangkutan hariannya untuk berulang alik ke tempat kerjanya di Singapura. Kerana masih belum merasa konfiden untuk menunggang motorsikal baharu pada jarak jauh, En. Abdullah telah menggunakan khidmat “towing” untuk membawa balik motorsikal beliau ke Johor Bharu.
Manakala bro Redwan yang turut menyatakan keterujaannya menjadi antara pemilik pertama Ninja ZX25R pula menyatakan beliau mula terpikat dengan sportbike in line four berkuasa kecil ini sebaik sahaja mengetahui cadangan Modenas untuk membawa masuk motorsikal ini melalui media massa permotoran. Beliau telah menjual motorsikal YZF-R15 nya untuk beralih kepada sportbike yang “lebih besar sedikit” katanya.
Info Menarik Modenas Ninja ZX25R:
Enjin In-line four
Kapasiti enjin DOHC 250cc
35.5Kw @RPM15 500
Paparan skrin TFT
Suspensi depan (USD) Showa SFF-BP boleh laras
Monoshock Showa BFRC belakang boleh laras
Tangki 15 liter
Gear 6 Kelajuan
Harga: RM33,900,00
2 warna Lime Green/Ebony and Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony.
Comments
Loading…