Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah memperkenalkan warna baharu untuk MODENAS Ninja 250 ABS. Warna baru ini dilancarkan selepas setahun Modenas Ninja 250 dilancarkan pada Julai 2022. Modenas Ninja 250 ABS 2023 versi pemasangan tempatan (CKD) kini ditampilkan dengan warna baru Lime Green dan ditambah dengan grafik warna Hitam dan Merah untuk penampilan yan lebuh menarik dan agresif.
Harga untuk versi baharu ini adalah RM21,800 tidak termasuk insurans. Harga ini meningkat sedikit berbanding dengan harga lama Modenas Ninja 250 ABS yang mula diperkenalkan pada Julai 2022. Jaminan dua tahun tanpa had batuan turut disertakan untuk setiap pembelian baharu Modenas Ninja 250 ABS.
Pembeli yang berminat untuk memiliki Modenas 250 ABS 2023 boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada pengedar sah Modenas diseluruh negara.
Spesifikasi Ninja 250 ABS 2023:
Enjin dua silinder parallel-twin 249 cc DOHC(Euro 4)
Kuasa 37 hp @ 12,500 rpm, dan 23.0 Nm @ 10,000 rpm.
Transmisi 6 kelajuan serta Klac jenis assist/slipper.
Suspensi hadapan Fork teleskopik
Suspensi belakang Penyerap hentak tunggal
Sistem brek hadapan ABS dua saluran cakera bersaiz 286 mm
Sitem brek belakang cakera bersaiz 193 mm
Muatan tangki 14 liter
Ketinggian pelana 795 mm
Lampu depan dan belakang LED
Rim hadapan 17 inci dan tayar bersaiz 110/70
Rim belakang 17 inci dan tayar bersaiz 140/70 di belakang
Paparan meter analog dan LCD.
Berat 167 kg
Comments
Loading…