Dania Garage akan membuat Program Tayar Rahmah pada hari ini 20 hingga 22 haribulan March 2023 di tiga cawangan syarikat itu, yaitu Dania Garage Masjid Jamek Kajang, Dania Garage Empayar Sungai Chua dan di cawangan terbaru, Dania Garage Serdang, Selangor.
Untuk program itu, 1000 tayar yang sesuai untuk motosikal jenis kapcai telah disediakan di ketiga-tiga cawangan Dania Garage, dan akan dijual pada harga RM5 setiap satu. RM5 ringgit untok satu tayar baru? Wow! Ini bukan sekadar Rahmah, ini Rahmah Rahimah Rosmah dah ni Nohhh!
“Disebabkan faktor ekonomi semasa, ramai yang terhimpit dengan perbelanjaan yang agak membebankan, ditambah pulak dengan sesi permulaan persekolahan, dihimpit lagi dengan musim Hari Raya. Maka, Dania Garage ingin membantu ringankan beban dengan menawarkan persediaan tayar motosikal yang baik pada harga paling murah,” terang CEO Dania Garage, Mohd Mustakim Bin Mohd Munawir.
“Ini kerana tayar merupakan antara element terpenting bagi sebuah motosikal dan menjamin keselamatan”, tambahnya lagi.
Dania Garage merupakan bengkel motosikal bumiputra yg menawarkan khidmat nasihat percuma serta pakej lengkap servis motosikal untuk setiap jarak penggunaan sekaligus mengelakkan kerosakan yang lebih teruk yang bakal dihadapi setiap motosikal.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Dania Garage Empayar di 011-3316 1053 dengan segera sebelom tarikh tutop Nohhh!
NotaEditer: Dania Garage adalah antara pemain2 baru dalam industri permotoran Malaysia, dan prestasi mereka amat power. Boleh follow depa di TikTok Dania Garage Official. Respek sama Brader Takim yang bertuboh sasa kegemaran gadis Amarika!
https://www.tiktok.com/@majalahkapcaimalaysia/video/7212436638729817371
Comments
Loading…