in

SHELL: TERNYATA LEBIH JAUH

Shell Malaysia telah melancarkan Shell Fuelsave 95 baharu yang mampu memberikan 15Km lebih jauh untuk satu tangki penuh.

Shell merupakan salah satu peruncit bahan api terbesar didunia. Dengan lebih 45 ribu buah stesen diseluruh dunia dan dikunjungi lebih 30 juta pelanggan pada setiap hari! Pelancaran Shell FuelSave 95 baharu mengambarkan komitmen tinggi Shell dalam inovasi dan pembangunan bahan api kenderaan yang lebih baik agar perjalanan kehidupan harian pelanggannya menjadi lebih baik.

“Shell sentiasa berinovasi dan menambah baik tawaran agar pelanggan mendapatkan perjalanan yang terbaik seiring dengan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. “Better By Far” atau “Ternyata Lebih Jauh” membuktikan komitmen Shell untuk terus berinovasi dalam menawarkan penyelesian mobiliti baharu. Shell FuelSave 95 baharu kini memberikan lebih 15km lebih jauh untuk setiap tangki agar pelanggan dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh tanpa gangguan” kata Seow Lee Ming Pengurus Besar Mobiliti Malaysia

‘Ianya merupakan satu penghormatan kepada saya dan pasukan saya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dilebih 1000 stesen Shell diseluruh Malaysia. Kami berharap Shell akan terus menjadi pilihan kegemaran kepada pelanggan ketika dijalanraya- yang menggerakkan mereka kemana mana sahaja samada ketempat kerja, pusat membeli belah pada hujung minggu atau cuti cuti Malaysia bersama keluarga atau rakan rakan.”

Hasil dari penyelidikan dan pengujian selama hampir 6 tahun yang dilakukan oleh 150 saintis bahan api telah membawa kepada pelancaran bahan api generasi baharu ini, yang ternyata lebih baik dengan formulasi terkini, Shell FuelSave 95 baharu kini:

* Memberi sehingga 15km lebih jauh dengan setiap tangki agar anda dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh.

* Pembersihan secara mendalam untuk enjin yang lebih bersih – Shell FuelSave 95 baharu kini dengan teknologi sasaran deposit dapat membersih lebih mendalam dari sebelumnya.

* Perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin – Shell FuelSave 95 baharu melindungi semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru.

* Dicipta untuk teknologi baharu dan lama – Shell FuelSave 95 baharu melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid

Sejauh mana 15KM?
15KM lebih jauh merupakan jarak Jambatan Pulau Pinang yang pertama. 15KM lebih jauh adalah seperti kita menyeberangi tambak Johor ke Singapura sebanyak 14 kali atau seperti 35 kali ketinggian Menara KL.

Semasa majlis pelancaran, Shell turut melancarkan ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’. ‘Shell FuelSave 95 Challenge’ merupakan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan penjimatan bahan api yang terbaik menggunakan Shell FuelSave 95 baharu. Pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Lebih menarik lagi, mulai 1 Mac sehingga 30 April 2023, bersama rakan kerjasama kami di VISA dan BonusLink, 150 rakyat Malaysia berpeluang memenangi minyak percuma sebanyak 15 bulan apabila mereka mengisi RM50 Shell FuelSave 95 baharu.

Shell FuelSave 95 baharu,
15KM lebih jauh,
Ternyata memang lebih jauh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

YAMAHA EZ 115 DILANCHARKAN; YAMAHA LAGENDA 115 OTOMATIK STOP PRODUKSHEN!

MODENAS ELEGAN 250 EX: DENGAN EURO 4 DAN LAMPU DEPAN PROJEKTOR BAHARU, HARGA DIBAWAH 17K.