in

YAMAHA EZ 115 DILANCHARKAN; YAMAHA LAGENDA 115 OTOMATIK STOP PRODUKSHEN!

Mungkin sebab terlalu lama sangat Yamaha dok fokus kepada jentera2 moden sporti terpaling ‘Hot’ sukaramai, maka kini HLYM seperti nak turonkan sikit suhu, dan kali nih depa launching sebuah jentera Kapcai serba sederhana yaitu Yamaha EZ115, atau lebeh senmperrr disebot Yamaha Ezi-lah!

Jentera ni nampak serba sederhana, sampai ada yang mengatakan jentera ini dikhaskan untok peminat2 warga Mas untok ke Masjid. Tambah suara2 nakal bercampor liar tersebot, warga Mas pon sebenarnya minat jenama Yamaha, tapi tak berapa nak ngam lah kalau pakai jentera yang moden hot sensasi macam Y15 tuh, maka dengan pelancharan Yamaha EZ115 nih, bergembiralah warga Mas sebab akhirnya cita2 nak pakai jenama Yamaha menjadi kenyataan!

Yamaha EZ115 ini kalau kat Vietnam depa boh nama Yamaha Sirius Fi, dan ianya berkuasa 113.7cc, 9.92 Kuasa Kuda dan 9.9 Nm Torque pada 6,500 RPM.

Jentera nih ada brek disk hanya kat bahagian depan saja, brek belakang pakai drum aja. Ada ruangan simpan barang bawah seat yang agak lumayan luas, dan paling best dok nampak depan mata adalah dia punya seat. Nampak agak lebar, inshaAllah akan membantu kurangkan ke’Batu’an juboq tatkala bikin long disten (Long Distance) ride.

Ada 3 warna pilehan yaitu Cyan, Biru dan Merah dan dijual dengan harga asas RM5,598.00.
Nota Tambahan: Dengan pelancharan Yamaha EZ115 nih, maka operasi ataupon produksi Yamaha Lagenda 115 pon dihentikan dengan serta merta.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

AVETA VZR250 KINI MASOK PASARAN MALAYSIA OYEAHHH! RM 14,998 Ajerrr…