in

AVETA VZR250 KINI MASOK PASARAN MALAYSIA OYEAHHH! RM 14,998 Ajerrr…

Aveta Malaysia kini melangkah setapak kehadapan dengan meluncurkan sebuah jentera berkuasa 250cc. Sebelom ni Aveta lebeh fokus kepada jentera2 kuasa rendah/Kapcai aja Nohhh!

VZR250 bulehlah dikatakan sebagai permulaan Aveta Malaysia dalam pengeluaran jentera kategori Sportbike. Selepas Gua belek2 VZR250 ni masa pelancharannya tadi, ianya agak Senmper jugak lah. Bodikit memang dalam mazhab Superbike/Sportbike, mengingatkan Gua pada Kawasaki Ninja 250. Aveta VZR250 ni siap ada frame trellis Nohhh!

Jentera berkapasiti 250cc nih datang dengan 3 warna; Merah, Biru dan Hitam. Menggunakan sistem EFI dan kuasa torque maksimal dari enjin ini adalah 21nm pada 7000 RPM. Jentera ini jugak katanya jimat minyak, dengan 14 liter petrol (kapasiti tangki), ianya dapat bergerak sejauh lebeh 500KM.

Transmisi 6 gear, single silinder DOHC, dengan berat 186Kg, ditambah pulak dengan brek disk depan sebelah menyebelah (dual disc), ternyata jentera ni mampu memberikan satu perasaan cinta pandang pertama buat sesiapa jua yang melehatnya.

Satu saja yang Gua rasa kureng sikit pasal VZR250 ni adalah tang sistem brek dia. Buleh lagi depa dok pasang sistem CBS (Combine Braking System), sedangkan ia sepatotnya dipasang sistem ABS lah. Dah masok 2023, sepatotnya semua jentera2 dua roda (keluaran terbaru) kena start buboh ABS dah. Tahon 2025 nanti, kemungkinan besar semua jentera berkuasa 150cc dan keatas akan diwajibkan mempunyai ABS. Manakala masok aja tahon 2027, kesemua jentera DUA RODA wajib dipasang ABS (untok motor2 baru lah), tak kira cc dah.

Tapi agak menyayat hati, Aveta VZR250 yang berpenampilan sporti seksi nih, ia hanya dipasangkan sistem brek CBS. Brek CBS nih kalau Lu Orang nak tau, cara kerjanya adalah bilamana kita pijak brek belakang, maka brek depan akan secara auto ikot membrek jugak. Cuma, kekuatan grip antara brek belakang dan belakang berbedza lah. Kalau tahap grip/cengkaman brek depan dan belakang sama, rojoi lah kita Nohhh! Oleh itu, kalau nak buat aksi slide (kona seret tayar), sistem CBS nih akan bagi problem lah kat sang Raida tuh. Nak wheely pon akan jadi problem jugak.

Sebab tu kalau dibuat perbandingan ABS dengan CBS, rasanya ABS lebeh membantu dalam banyak kondisi peng’Riding’an lah. Cuma, sistem brek depan Aveta VZR250 nih nampak kool dan eksklusif sikit lah sebab ianya double disc (disk kiri dan kanan, dengan 4 piston).
Tapi takpa lah, Aveta mungkin ada alasan depa yang tersendiri untok gunakan sistem CBS tu Nohhh!

Dengan harga asas RM 14,998.00, jentera ini telah siap sedia masok kedai berhampiran Lu Orang. Dipersilakan mengUshar dengan kadar segera Oyeahhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SHIFTBOSS: Pulas Throttle Takyah Tarik Klac Dah!

YAMAHA EZ 115 DILANCHARKAN; YAMAHA LAGENDA 115 OTOMATIK STOP PRODUKSHEN!