CAMK buat masa nih boleh dikatakan sebuah kelab Honda C70 yang paling aktif di Malaysia. Dengan pimpinan presiden yaitu Bang Jaq (Abd Razak), kelab ini walaupon baru ditubohkan hanya beberapa tahon nan silam, telah berjaya melakukan banyak aktiviti2 konvoi serta pernah diundang masok TV. Ini memang menSenmperrrkan!
2 Disember 2022, sekali lagi tim kelasik ini menyeberang sempadan, dan kali ini dengan 10 buah jentera Honda C70 berkuasa 4 transmisi. Boleh dikatakan semua Raida2 kelasik nih adalah datang dari daerah Kulim Kedah, dan trip kali ni depa masok siam melalui Wang Kelian, Perlis Indera Kayangan.
Paling menarek, Rock N Ride kali nih dapat banyak sponser dari pelbagai sharekat. Antara yang sapot depa kali nih adalah Minyak Pelinchir jenama Benzol, Bateri Motor jenama Thai X, Helmet jenama BKP (BKP adalah kampeni yang dok buat bakol motor tu), FKR serta baju hujan jenama Foxdry (jenama Foxdry dan Thai X adalah daripada kampeni yang sama).
Dengan 10 jentera yang kesemuanya Honda C70 lampu bulat, tim nih berjaya sampai di Border Wang Kelian sekitar jam 2 petang. Gua kebetolan ada di Perlis time tu, maka Gua pon ikot lah pi hantar depa semua nih kat sempadan. Sebenarnya dah lama Gua tak pi border Wang Kelian nih, mungkin kali terakhir masok siam ikot situ 20 tahon dulu. Ntah dah lupa bila kali terakhir pi kesitu. Rupa dan suasana Border Wang Kelian memang total lain dah sekarang nih. Ada satu bangunan baru (baru siap di cat) yang katanya akan dibuat bazar membeli belah tak lama lagi kat situ. Area imigreshen Wang Kelian nampaknya macam lebeh kurang dulu-dulu gak, maseh kelasik. So, memang sesuai sangatlah untok geng2 pencinta jentera kelasik (kalau nak masok siam) ikot border nih. Cuma nak bagitau, Border ni beroperasi dari pukol 8 pagi sehingga pukol 7 petang saja.
Menurot Bang Jaq selaku presiden CAMK, perjalanan depa ke siam kali nih adalah menuju ke Satun, lepas tu akan pi buat ramai kat pantai Pak Bara, pastu lajak pi Hatyai tengok adek2 dok menjual buah nenas depan Lee Garden, pastu nak lajak pi pantai Samila kat Songkhla sat, pastu baru nak gerak teros ke Sadao lepak pekena daging bakaq kat Danok, dan seterosnya ke imigreshen Bukit Kayu Hitam dan teruih balek Kulim, Kedah. 3 Hari Dua Malam punya ride lah senang crita Nohhh!
Okay, semoga kelab CAMK nih akan teros aktif dari masa ke semasa, biarlah tak ramai janji ada daripada terlalu ramai tapi sembang auta.
Teros Rock N Ride bersama Kapcai Nohhh!
Klik dan Layan Video Ride CAMK di channel Tiktok kami : https://www.tiktok.com/@majalahkapcaimalaysia/video/7172459381374618886?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Comments
Loading…