in

JENAMA AVETA KINI MAKIN MENGGANAS DIPASARAN !

Terdapat 6 Model Dengan Pelbagai Design Dengan Harga Paling Ekonomikel!

Aveta Malaysia Sdn Bhd pengedar motorsikal jenama Aveta baru baru ini telah menganjurkan satu sesi pertemuan “Majlis Beramah Mesra dan Suaikenal” dengan pehak Media(permotoran). Pertemuan julung kali itu diadakan disebuah restoran terkenal di Subang Jaya yang di hadiri oleh wakil dari Aveta Malaysia iaitu Mr Hon Swee Leong (General Manager, Sales & Marketing) Mr. Caden Gan (Deputy Managing Director), Mr. Nicholas (Marketing & Sale), Mr Hasbullah (Head Production) dan juga staf staf yang berkaitan dari Aveta Malaysia. Lebih kurang 15 wakil dari pehak media telah hadir pada majlis tersebut termasuk dari Majalah Kapcai.

Dalam pertemuan ramah mesra dan santai tersebut, Mr Hon telah menerangkan kedudukan dan harapan Aveta Malaysia untuk menjadikan motorsikal keluaran Aveta antara jenama yang mendapat tempat dan diterima oleh pengguna motorsikal di Malaysia terutamanya dalam segmen motorsikal kapcai. Untuk makluman, Aveta telah mula memasuki pasaran Malaysia bermula pada akhir tahun 2019 namun akibat daripada wabak Covid 19 yang melanda diseluruh dunia pada ketika itu, penampilan motorsikal Aveta dikalangan pengguna tempatan agak perlahan dan kurang diketahui ramai.

Diantara model-model yang telah berada di pasaran Malaysia adalah Aveta DY90(90cc), Aveta Ranger 110(110cc), Aveta V13R(127cc), Aveta RX110, Aveta VS110 dan yang terbaru ialah Aveta SVR 180 (175cc) yang telah dilancarkan pada bulan Julai 2022. Dalam kesemua 6 model tu, Aveta SVR 180 adalah yang paling mengancam jiwa lah Nohhh!

Dalam majlis itu juga, Mr Hon memaklumkan akan mengadakan satu majlis memperkenalkan dan tunggang uji motorsikal Aveta kepada wakil wakil dari media pada tarikh dan lokasi yang akan ditentukan kemudian.

Sebagai info tambahan, motorsikal Aveta dipasang oleh Aveta Global Marketing dikilangnya sendiri yang terletak di Setia Alam, Selangor Darol Ehsan.

Teros Maju buat Aveta, Teros Rock N Ride Bersama Kapcai!

Teks dan Gambar : Abah Asri M. Nor

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SUZUKI VS RIDE ON : Ride Island To Island 2022

KARNIVAL YAMAHA GEN BLU 2022: 15 RIBU RAIDA GEGAR TELOK BATIK!