Walaupun hanya beberapa hari dan hanya dapat ride lebih kurang sejauh 600 kilometer sahaja namun Aku dapat merasai “feel” yang sebenarnya menunggang sebuah Kapcai yang “Berprestasi dan Berkuasa Tinggi”.
Aku telah melalui dan menempuh pelbagai jenis laluan seperti laluan lurus, berkonar dan datar (Hiway Plus & Karak). Laluan berkonar dan berbukit (Genting Highland/Karak), laluan biasa tanpa tol dan juga laluan di dalam Bandar.
Ketika melalui jalan lama (Karak – Kuala Pilah) bersama Suzuki Raider R150Fi, Aku dapat merasakan keseronokan yang sebenar menunggang sebuah KAPCAI terutamanya ketika memotong kenderaan di hadapan samada di selekoh atau laluan lurus. Dengan hamburan kuasa maksima 18.2Hp yang di bekalkan ‘dari kilang’, Suzuki Raider mampu memintas kenderaan kecil atau besar yang berada di hadapannya dengan pantas, bergaya dan penuh keyakinan. Suzuki Raider yang menggunakan fork teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang berjaya mengharungi laluan yang tidak rata dan bertampal tampal yang banyak terdapat di laluan biasa dengan baik. Aku rasa seronok dan teruja ketika ride solo jarak jauh buat pertama kali bersama Suzuki Raider R150Fi ini.
Dalam masa beberapa hari bersama Suzuki Raider, Aku turut merasai pengalaman ride solo sejauh hampir 140 kilometer dari Kuala Lumpur hingga ke Sungkai (melalui jalan lama Ipoh – Kuala Lumpur). Perjalanan sejauh 140 kilometer ini hanya menggunakan tidak sampai satu tangki petrol (4liter) sahaja. Walaupun jentera ini agak rendah dan berada dalam posisi yang agak membongkok (menunduk sedikit) ketika menunggang, namun Aku tetap berpuas hati menunggang motorsikal yang telah di label sebagai “Kapcai Berprestasi Tinggi” oleh sesetengah pihak dan kini Suzuki Kapcai mula menjadi buruan dan menarik minat kepada peminat Kapcai di seluruh negara.
Walaupun tanpa sistem brek ABS namun brek hadapan Suzuki Raider yang di lengkapi dengan brek disc dua piston mampu memberi keyakinan kepada Aku untuk melakukan brek mengejut dengan baik jika di perlukan. Sistem brek yang baik, cekap dan menyakinkan sangat penting bagi Aku terutamanya ketika sedang mengekori rapat untuk memotong kenderaan di hadapan. Ketika menunggang di laluan lama ini, Aku hanya menunggang pada purata kelajuan di bawah 110 kilometer sejam sahaja namun Aku tetap merasa seronok dan teruja dengan kuasa dan kehebatan jentera buatan Suzuki ini.
*Penggunaan Petrol pada purata kelajuan 110 Kmj = 40 kilometer/liter.
Reka bentuk Suzuki Raider R150Fi yang agak rendah cukup selesa bagi Aku ketika ride mendaki Genting Highland yang di penuhi dengan laluan yang berliku dan berbukit yang agak menegak ketika naik dan curam ketika turun. Aku juga merasa sangat berpuas hati dan seronok menunggang layan konar santai-santai sambil menyaksikan kehijauan dan keindahan alam bersama Suzuki Raider ketika melalui Hiway Karak dan mendaki ke puncak Genting Highland.
Ketika menunggang Suzuki Raider di dalam bandar yang sesak dengan kenderaan juga sangat menyeronokkan. Kuasa kuda 18.2Hp, Body yang nipis dan brek depan 2 piston yang mencengkam memberi kelebihan kepada Suzuki Raider untuk beraksi lincah dan pantas menciluk dan menyelinap di celah-celah kesesakan kenderaan di bandaraya. Sekali sekala Aku rasa seperti seorang ‘Superstar’ ketika berada di trafik light kerana banyak mata yang tertumpu dan memberi perhatian kepada Suzuki Raider 150Fi nih. Sebaik sahaja lampu merah bertukar hijau Suzuki Raider meluru pantas untok berada di kelompok paling hadapan Oyeahhh!
Ketika menunggang di atas Hiway, Suzuki Raider juga mampu beraksi dengan baik walaupun ia hanya memiliki berat 109 kilogram sahaja. Kuasa pecutan Suzuki Raider bermula dari gear satu ternyata pantas dan padu dan ketika berada di laluan yang lurus dan kurang kenderaan, Aku mengambil kesempatan untuk menge’test’ uji kelajuan sebenar Suzuki Raider di atas Hiway (Suzuki Raider di katakan mampu bergerak selaju 177km di atas Mesin Dyno). Hasil dari test yang di lakukan, Suzuki Raider mampu memecut dan mencatatkan kelajuan sehingga ke angka 147 Kmj di atas Hiway tanpa “cut off”!. Padu Kak Senah Oiii!
Walaupun memiliki reka bentuk yang kecil, nipis dan ringan, tetapi Suzuki Raider mampu memecut dengan baik tanpa ketika berada di kelajuan maksimanya. Dari segi “handling” Aku merasa konfiden ketika mengambil selekoh atau memotong kenderaan berat kerana ia tidak berbuai-buai atau bergoyang sangat dan kurang rasa vibrate walaupun ketika sedang memulas full throttle!
Seperti kenderaan lain, penggunaan petrol bagi Suzuki Raider juga agak kuat “makan minyak” apabila dibawa pada kelajuan tinggi. Ini perkara biasa.
*Penggunaan Petrol pada kelajuan tinggi = 28 Km/Ltr.
Okay, sekian saja test ride untok jentera Kapcai Cerdas Berprestasi Tinggi nih. Satu masa dulu, Majalah Kapcai pernah bikin test ride untok Suzuki Belang. Lepas tu terpampanglah dimuka depan Majalah Kapcai jentera Belang tuh dengan tajok Laju Macam Setan!
Harini, datang pulak adeknya Suzuki Raider R150Fi, dan ternyata adeknya jugak memileki genetik yang sama bahkan lebeh elektrik !
Laju Macam Setan Budeg !
Teks Dan Gambar : Abah Asri M. Nor.
Comments
Loading…