in

SUZUKI VS125 SANG JOKER YANG TERSAKITI

Tahniah buat Amin Ibrahim, Owner Skoot Suzuki VS125R nih. Disaat majoriti Raida2 Malaya dok pulon main Ysuku,main RS, main RFS, Main VF3i, dan terkini main Suzuki Raider 150Fi, tapi brader Amin ni teros setia dengan jentera Skoot dia ni Nohhh! Respek !

Jentera berketuronan Skoot ni pernah menjadi fenomena dalam Malaysia sekitar 2005 nan silam. Masa tu jalanraya dipenohi dengan geng Skoot, dan malam minggu di Bukit Bintang tu buleh kata berlambak port2 lepak geng Skoot. Antara port paling hot Bukit Bintang masa tu dah tentulah area Blue Boy. Blue Boy nih masa tu terkenal sebagai sebuah kelab tumpuan geng kunyit. Area situ ada tempat makan2, so melepak sambil makan lah kat situ sampai dinihari. Gua pernah join lepak situ dan kat situ ada kenangan lawak seram yang terjadi kat Gua sendiri.

Malam tu Gua ikot geng2 Skoot Ghetto kalau tak silap. Gua bawak Vespa Super malam tuh. So kami pon lepak lah kat tepi jalan laluan pejalan kaki, tak jauh lah dengan kelab Blue Boy tu. Lepak punya lepak, datanglah sorang Singh (pakai sarban), dia lalu depan kami sambil belek2 Vespa Gua. Gua pon buat isyarat, macam tanya dia lah. Singh tu pon bukak mulot, dia kata motor nih India yang bikin. Gua pon respon la kat dia, Gua kata ni Vespa buatan Itali, bukan India punya. Dia pulak dok ulang kata Vespa tu India punya. Pot pet punya pot pet, sembang pon makin ranchak, tiba2 Singh tu bisik slow aja kat telinga Gua. Dia kata, ‘I am looking someone to F***!’. Chisss! Harey Pedacher betoi! Dia ingat kami2 yang dok lepak situ geng kunyit. Konon konon dok sembang tadi tu sebagai nak test market la kot. Hareyyy betui aihhh! Gua pon cepat2 start Vespa Gua, sambil Gua tunjok ke arah kelab Blue Boy.Gua kata kat Singh tu, “Lu pi sana, Lu cari kat dalam tu…”.
Teros Gua masok gear dan chow dari situ. Suweyyy! Dan lepas Gua gerak dari situ dan ronda2 pusing KL, dan akhirnya Gua ‘terlalu’ satu rodblok kat area Pertama Kompleks. Nohhh! kena saman sebab rodtek tak bawak! Suweyyy bertambah tambah malam tu! Ini semua Singh tu punya pasai lah!

Okay, berbalek pada kisah Jentera Skoot milek Amin nih. Jentera nih dihiasi dengan Airbrush Joker Orang Jahat adalah Orang Baik Yang Tersakiti. Airbrush nih dibikin oleh Bern Airbrush, tukang Airbrush yang sangat femes lah dikalangan Skuteris area Utara. Bahagian enjinisasi pulak, Skoot nih dah dikonvert sepenohnya dari 125 kepada VS150. Walaupon modifikasi agak ringkas, tapi ianya benar2 memuaskan hati Amin selaku Owner.

Kalau main Skoot, tak sah lah kalau tak join mana2 kelab kan? Amin jugak tak ketinggalan, maka dia dengan beberapa member telah bikin kelab bernama Club VS Project Scootz. Kelab nih sentiasa ada aktiviti, dan yang selalu depa buat dah tentulah konvoi. Mungkin ada Raida2 yang maseh simpan Skoot dirumah, dan mungkin dok cari2 kelab skoot, maka segeralah kontek Amin nih. Join lah bagi ramai moga2 satu hari nanti scene Skoot kembali memeriahkan dunia permotoran Malaysia.

Okay, Selamat Maju Jaya buat Jasmine Bin Ibrahim aka Amin Ibrahim.

Teros Skoot !

Info :

-Pemilik:  Jasmine Bin Ibrahim (FB Amin Ibrahim)
-Asal: Kelantan
-Menetap di Pulau Pinang
-Model: Suzuki VS125R
-Enjin: Full Convert VS150
-Club: VS Project Scootz
-Konsep: Kepuasan sendiri
-Airbrush by: FB BernAirbrush New
-Watertransfer by: FB Amir Hydropaint Concept
Titanium/Chrome by https://www.facebook.com/seng.goh.89
-Paint by: FB Ihsan Ismie
-Enjin and Acc set up by:  FB Mohd Hafizz/ Marzuki Akeyra / Nzshaa Zaine Udin
-Rim lay by: FB Farid Mazfara
-Coating by: FB Jafarul Jaapar

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Test Ride Suzuki Raider R150 Fi : Laju Macam Setan Part 2 !

CASTROL DAN TAYAR CONTINENTAL KINI BEKERJASAMA OYEAHHH!