in

SELEPAS WMOTO ES125, KINI DILANCARKAN WMOTO ES250i PULAK OYEAHHH ! RM13,888.00 JERRR…

Sensasi Terkini Dari GIVI !

Wmoto telah melancarkan skuter ES250i yang merupakan kesinambungan dari WMOTO ES125 secara langsung di Facebook dan YouTube rasmi MForce TV. Skuter dengan tagline ‘Sensasi Maksimum’ ini memiliki reka bentuk yang kemas serta perincian teliti.

Paling best adalah, ianya dilengkapi dengan brek cakera bersaiz 240mm serta sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di tayar hadapan dan belakang untuk memberi keselamatan maksimum kepada penunggang semasa membrek kecemasan. Ini sangat bagus Nohhh! Skuter ini juga menggunakan tayar jenama premium iaitu Timsun.

(Nota Paksu E: Walaupon pehak Majalah Kapcai tak pernah lagi guna tayar jenama Timsun, tapi dari pembacaan pehak kami di media sosial, tayar jenama Timsun adalah antara yang terbaik lah dipasaran. Pernah satu ketika kami deal untok bikin test ride dengan pengedar jenama Timsun nih, tapi akhirnya deal tersebot terbantot. Mula2 mesej di wassap mendapat respon, tak lama lepas tu pehak mereka tak reply dah mesej2 dari pehak kami. Dan ketika itu kami sedar bahawa Majalah Kapcai bukan menjadi pilehan lagi, sudah tidak berguna lagi, sudah tidak diperlukan, sudah tidak femes bahkan seperti sudah tidak relevan lagi dalam dunia permotoran tempatan. Padan Muka !)

WMoto ES250i menggunakan sistem kunci pintar di mana ciri Alarm Key Findings turut terdapat pada teknologi ini. Ianya berfungsi untuk pemilik skuter ini mengetahui lokasi skuter mereka lebih-lebih lagi di kawasan parkir. Dengan menekan butang tersebut di kunci, lampu skuter ini akan berkelip selama beberapa saat dan boleh dilihat dari jauh.

Skuter WMoto ES250i 244.3cc dijana oleh 4-lejang, silinder tunggal dan 4-injap serta mampu menghasilkan hantaran kuasa maksimum 21Hp dan 8,500rpm dan tork maksimum 21Nm pada 6,500rpm dengan sistem penyejukan cecair. Dari segi teknikal yang lain, skuter ini turut mematuhi piawaian emisi Euro 4 dan dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik.

Berbeza dengan skuter yang memiliki sesaran enjin yang sama, ES250i mempunyai reka bentuk dan saiz yang sesuai untuk semua golongan terutamanya penunggang wanita yang kini bilangannya semakin meningkat di kalangan penunggang motosikal di Malaysia.

Dari segi kelengkapan, WMoto ES250i didatangkan dengan lampu projektor dan DRL yang menggunakan teknologi LED untuk jangka hayat lampu yang lebih lama serta melihat dengan lebih jelas semasa menunggang. Selain itu, lampu kecemasan turut disertakan dan panel paparan digital dan analog.

WMoto ES250i memiliki tangki bahan api dengan kapasiti 12-liter yang memberikan anda lebih kilometer semasa menunggang. Dengan kelajuan 100km/j, anda boleh bergerak sejauh 280km sebelum pengisian semula bahan api.
Tempat duduk pada skuter ES250i diperbuat dari tekstur anti-gelincir untuk penunggangan yang lebih selesa dan di bawah tempat duduk turut mempunyai ruang simpanan barangan peribadi seluas 19-liter. Manakala untuk kemudahan para penunggang, terdapat juga port USB di mana anda boleh mengecas telefon pintar anda dan letakkannya di dalam ruang simpan di bahagian depan skuter.

Untuk suspensi, WMoto ES250i menggunakan jenama terbaik, KYB di bahagian hadapan (teleskopik) dan belakang (dwi-penyerap kejutan) untuk keselesaan maksimum semasa menunggang di atas jalan raya dengan pelbagai jenis permukaan. Pemilik skuter ini juga boleh memasang aksesori kotak simpanan jenama YH Pro yang turut disediakan oleh WMoto (dibeli secara berasingan di mana-mana premis pengedar sah WMoto).

WMoto ES250i boleh didapati di pengedar sah WMoto seluruh Malaysia bermula esok dan dijual pada harga permulaan RM13,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan pendaftaran). Skuter ini turut ditawarkan dalam tiga piihan iaitu Fiery Red, Midnight Blue dan Slate Grey.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad, dengan berkonsepkan Economic Scooter atau singkatannya ES, harga yang ditawarkan skuter baharu ini adalah sangat kompetitif.
“Skuter terbaru ini, adalah salah satu model dari WMoto Scooter line-up di mana sebelum ini MForce telah memperkenalkan model ES125, RT3 250 dan Xtreme 150”, tambah beliau semasa memberikan ucapan aluan di acara Media Launching bersama media pagi tadi.
Dengan setiap pembelian WMoto ES250i, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

 

SPESIFIKASI :

Jenis Enjin : 4-lejang, Silinder Tunggal, SOHC, 4-injap
Gerek & Lejang (mm) : 72 x 60
Sesaran (cc) : 244.3
Sistem Penyejukan : Sejukan Cecair
Nisbah Mampatan : 11:1
Kuasa Maksimum : 21Hp pada 8,500rpm
Tork Maksimum : 21Nm pada 6,500rpm
Sistem Bahan Api : Suntikan Bahan Api Elektronik
Pematuhan : Euro 4
Sistem Penghidup : Elektrik
Sistem Pencucuh : Transistor
Transmisi : CVT
Suspensi Hadapan : Teleskopik KYB
Suspensi Belakang : Dwi Penyerap Kejutan KYB
Brek Hadapan : Brek Cakera 240mm dengan ABS
Brek Belakang : Brek Cakera 240mm dengan ABS
Tayar Hadapan : 110/70-R13
Tayar Belakang : 130/70-R13
Panjang Keseluruhan (mm): 1,955
Lebar Keseluruhan (mm) : 740 Tinggi Keseluruhan (mm) 1,115
Tinggi Tempat Duduk : 770
Jarak Roda (mm) : 1,385
Kelegaan Tanah (mm) : 135
Berat (kg) : 147
Kapasiti Bahan Api (L) : 12
Bateri : 12V10Ah (Bebas Penyelenggaraan)

 

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MARI TEST RIDE MODENAS KARISMA 125S! POWER KE TAK ?

Test Ride Suzuki Raider R150 Fi : Laju Macam Setan Part 2 !