Didi Resources Sdn Bhd, pengedar tunggal Harley-Davidson di Malaysia telah melancarkan secara rasminya Sportster S di Malaysia baru2 ini. Model yang mula diperkenalkan oleh Harley Davidson pada tahun 1957 ini telah dibawa masuk ke Malaysia pada pertengahan bulan Oktober lepas iaitu selepas beberapa bulan ia dilancarkan ke seluruh dunia secara maya di Amerika Syarikat.
Untuk tujuan mempromosi Sportster S di Malaysia, Harley-Davidson telah mengadakan “rumah terbuka” di empat cawangannya di seluruh Malaysia iaitu di Petaling Jaya, Jalan Ampang Kuala Lumpur, Perai Pulau Pinang dan Likas Kota Kinbalu, Sabah pada 30 dan 31 Oktober 2021.
Dengan tema “Dari Evolusi kepada Revolusi”, Sportster S dengan rekaan yang ranggi dan macho dibekalkan dengan kuasa dan prestasi yang luar biasa dari model model sebelumnya, untuk meningkatkan lagi kepuasan menunggang motorsikal buatan Harley Davidson yang telah bermula semenjak tahun 1903.
Dengan casis yang ringan, diperkukuhkan dan berkualiti tinggi, penunggang boleh menikmati pengendalian yang mantap, responsif, bergaya dan berkuasa dari Sportster S yang dibekalkan dengan kuasa 121Hp ini.
Sajeev Rajasekharan, Pengarah Urusan Asia & India yakin Sportster S yang direka dengan ciri premium, prestasi luar biasa dan teknologi terkini, Harley Davidson Malaysia mampu untuk bersaing dengan motorsikal terkemuka lain di Malaysia.
Motosikal Sportster S dikuasakan oleh enjin Revolution Max 1250T V-Twin dengan tiga Mod Tunggangan yang telah diprogramkan iaitu Sport, Jalan Raya dan Hujan bagi mengawal secara elektronik prestasi motosikal tanpa perlu memberhentikan atau memperlahankan motorsikal ketika sedang menunggang. Tengah dok speed pon buleh tukar mode dia Nohhh!
Antara teknologi terkini yang dapat dilihat pada Sportster S terbaru ni ialah penunggang boleh melihat maklumat tunggangan yang dipaparkan melalui skrin TFT berdiameter 4.0 inci bulatnya. Skrin ini membantu menyiarkan infotainment melalui Bluetooth kepada telefon pintar yang dipasang pada topi keledar untuk mendengar muzik dan juga menjawab panggilan telefon.
Di samping menjual motorsikal dan eksesori, Harley-Davidson juga menyediakan Financial Services dan insurans untuk membantu memudahkan peminat Harley-Davidson memiliki motorsikal idaman mereka.
SPEFIKASI SPORSTER S:
Enjin 1250cc DOHC
121hp pada 7,500 rpm,
Tork 127 Nm pada puncak 9,000 rpm.
4 Silinder
Fork USD Showa 43 mm
Monoshock Showa boleh laras.
Brek Depan hidraulik dengan 4 piston angkup,
Belakang ABS (Brembo)
Rim hadapan 17-inci
Rim belakang 16-inci
Ketinggian tempat duduk 753mm
Tangki 11.8 liter
Berat 228 kg
Ekzos berkembar.
Harga RM 92,000.00
Tiga warna pilihan untuk bakal pemiliknya:
Vivid Black, Stone Washed White Pearl dan Midnight Crimson.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai motosikal dan produk Harley-Davidson anda boleh terus mengunjungi pusat jualan dan service Harley-Davidson diseluruh negara.
Comments
Loading…