in

Kedai CFMOTO SHOP Yang Pertama di Kuala Lumpur !

Makin Hari Makin Gempak CF Moto Ni Nohhh!

Tepat jam 11.11 minit pagi pada 11.11.2021 CFMoto Shop yang pertama telah dirasmikan oleh Ybhg Dato Wee Hong iaitu Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA).

Terdapat 6 model terkini CFMOTO yang boleh didapati dari kedai CFMOTO yang pertama di Kuala Lumpur ini. Model model tersebut ialah CFMOTI 650MT, CFMOTO 650GT, CFMOTO 400NK, CFMOTO 250NK, CFMOTO 250SR dan CFMOTO 700CL-X Heritage. CFMOTO 700CL-X Heritage adalah model terbaru dari CFMOTO yang telah dilancarkan untuk pasaran dinegara China pada 30 Julai 2020.

CEO CFMOTO Kuala Lumpur Mr. Elwin Hong, dalam ucapan ringkasnya menyatakan kenyakinannya bahawa model model yang dijual di CFMOTO akan mendapat sambutan yang baik dari peminat peminat permotoran di Malaysia terutamanya dari peminat peminat motorsikal yang berkuasa sederhana. Sebelum membuka CFMOTO Shop, Mr. Elwin Hong memiliki pengalaman hampir 30 tahun dalam industri perniagaan motorsikal.

Untuk makluman peminat permotoran, CFMOTO yang berpusat di Hangzhou China adalah satu jenama motorsikal buatan China yang sudah lama bertapak dan terkenal diperingkat antarabangsa dan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk di Eropah dan di Amerika Syarikat. Untuk meningkatkan lagi kualiti dan kemampuan, CFMOTO telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar motorsikal terkenal dunia iaitu KTM AG dari Austria pada tahun 2018 dan telah membina sebuah kilang yang mampu menghasilkan sebanyak 50 ribu buah motorsikal sebulan dinegara China.

Kepada peminat permotoran terutamnya peminat motorsikal CFMOTO yang berada disekitar Lembah Klang bolehlah berkunjung terus kebilik pameran CFMOTO Shop yang berada ditaman Midah Cheras Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan motorsikal CFMOTO.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

HARLEY DAVIDSON MALAYSIA LANCAR SPORTSTER S 121HP

GEAR SHIFTER TERBARU DARI TUNEBOSS