Alhamdulillah, setelah tertanggguh beberapa bulan akibat pelaksanaan PKP (Covid-19) akhirnya Abah berjaya juga melaksanakan impian untuk melakukan ride solo Iron Butt sejauh 1600Km dalam masa 24 jam buat kali kedua. Kali pertama Abah ride 1600KM pada tahun 2018 bersama Modenas Pulsar NS200. Yang menariknya pada ride kali ini Abah melakukannya bersama Motorsikal Kapcai kesayangan Abah, Honda RS150R yang sudah berusia lebih 5 tahun !
Sebelum melakukan ride Iron Butt ini, Abah telah melakukan beberapa persedian awal yang sewajarnya seperti, melakukan latihan ringan pada setiap hari, menghantar motor ke #EeTiongMotorsports untuk “service”, menukar tayar kepada jenama #MAXXIS Victra S98 untuk menunggang dengan lebih yakin, menukar tangki ori kepada tangki #ESPADA 6Liter, menukar rantai kepada rantai RK XW-Ring, menukar seat yang lebih lembut dan mengkaji laluan yang akan dilalui.
Abah memulakan perjalan dari rumah pada pukul 5.00 pagi melalui MRR2 untuk memasuki Highway Kuala Lumpur – Seremban. Persinggahan pertama Abah ialah di stesen Petronas berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh Melaka untuk solat subuh dan mengisi petrol. Abah singgah sekali lagi di Hentian Sebelah Tangkak Johor sekitar 8.00 pagi untuk mengisi petrol dan brekpezz ala kadar sebelum bergerak meneruskan perjalanan ke Danga Bay Johor. Abah tiba di Danga Bay iaitu penghujung perjalanan sebelah selatan pada pukul 9.10 pagi dan hanya berhenti sekejap untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Dari Danga Bay Abah meneruskan perjalanan naik semula kearah utara untuk menuju ke negeri Kedah.
Sepanjang perjalanan dari Danga Bay ke Kedah, Abah singgah beberapa kali distesen minyak seperti di R&R Dengkil, Hentian Sebelah Tanjong Malim, R&R Sg Perak, dan persinggahan terakhir untuk mengisi petrol dalam perjalanan kearah utara adalah di R&R Gurun. Setiap kali singgah unruk mengisi petrol, Abah akan minum air mineral atau susu full cream sekotak dan makan sebiji roti gardenia (90sen) sekadar untuk mengalas perut. Pada kebiasaannya Abah kurang makan makanan “berat jika melakukan ride solo sejauh 400Km – 500Km sehari.
Sebaik sahaja keluar dari R&R Gurun hujan renyai mula turun, walaupun hanya hujan renyai, Abah mengambil keputusan untuk berhenti di tepi Hiway dan memakai baju hujan. Abah telah mengambil keputusan yang sangat tepat kerana sepanjang perjalan selepas keluar dari R&R Gurun Abah terpaksa mengharung hujan lebat atau renyai yang tidak berhenti sehingga ke Sg Dua di Pulau Pinang. Oleh kerana hujan yang agak lebat dan diselang seli dengan kilat sambar menyambar dan guruh berdentum dentam maka Abah mengambil keputusan untuk berpatah balik dipersimpangan Jitra untuk menghala balik ke Kuala Lumpur.
Pada ketika ini Abah merasa agak cemas juga kerana keadaan cuaca yang kurang baik dan hari yang semakin gelap. Perjalanan Abah menjadi lambat hampir 2 jam akibat dari cuaca yang kurang baik ini. Abah juga tidak berpeluang untuk bergambar sepanjang berada di negeri Kedah 😭😭. Untuk ride Iron Butt ini, penunggang dinasihatkan supaya lebih mengutamakan keselamatan diri berbanding kejayaan menunggang sejauh1600KM ! Yang penting untuk memenuhi syarat berjaya melakukan Iron Butt ialah jarak perjalanan bukan lokasi yang dituju.
Sebaik tiba di plaza tol Sg Dua hujan sudah berkurangan dan keadaan cuaca juga sudah bertambah baik. Abah singgah disebuah petrol pam untuk mengisi petrol dan “dinner” sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari Sg Dua sehingga ke Kuala Lumpur cuaca kembali normal seperti biasa dan keadaan ini membolehkan Abah memecut kapcai Abah pada kelajuan purata 135Kmj!
Dari Sg Dua Abah singgah di Hentian Sebelah Simpang Pulai dan R&R Ulu Bernam sebelum tiba disebuah petrol pam berhampiran plaza tol jalan Duta.
Sebaik tiba di petrol pam tersebut sekitar pukul 12.00 tengah malam, Abah telah disambut oleh sahabat sahabat permotoran (Group FB) Honda RS150R Club Malaysia untuk bersama meraikan kejayaan Abah hari ini menunggang sejauh 1600Km.
Cabaran paling mendebarkan dalam ride kali ini ialah ketika ride dalam hujan lebat dan kilat sabung menyabung ketka berada di negeri Kedah.
Kenangan paling menarik ialah ketika disambut oleh sahabat sahabat berhampiran plaza tol jalan Duta walaupun pada ketika itu jam sudah lebih pukul 12 tengah malam.
Alhamdulillah… Abah telah berjaya melakukan “Iron Butt Ride” sejauh 1655Km dalam masa 19 jam !
Ride kali ni menggunakan petrol Ron 97 sebanyak lebih kurang 50 liter.
Sekian.
#NORPUTEH
#maxxis
#KitaSetiawangsa
#SHADMALAYSIA
#espada
#EETIONGMOTORSPORTS
#MajalahKapcai
#Cj_ipoh
#RK Malaysia
Notaediter : Tahniah Bro Asri! Dah dua kali bikin ride Juboq Besi dan berakhir dengan jayanya. Ini adalah pembakar semangat buat Raida2 yang lain Nohhh !
Comments
Loading…