Setelah 4 tahun berada diatas jalanraya Malaysia, sekali lagi Modenas telah tampil memberi satu suntikan semangat baru kepada Pulsar NS200. Pada penghujung tahun 2019 Modenas Pulsar NS200 telah dimantapkan dengan pemasangan sistem brek ABS pada bahagian hadapan breknya. Hasil dari “up grade” tersebut Pulsar NS200 telah berjaya menarik perhatian peminat permotoran golongan usia pertengahan untuk memiliki Pulsar NS200. Modenas dilapurkan telah berjaya menjual lebih 8000 unit Modenas Pulsar NS200 diseluruh Negara dan sekaligus menjadikan Modenas Pulsar NS200 sebuah Naked Sports terlaris di Malaysia masakini!
Tiga warna dan grafik baharu yang telah dihasilkan, hasil dari sentuhan designer dari Bajaj India untuk penampilan terbaru kali ini ialah ‘Plasma Blue‘, ‘Burnt Red‘, dan ‘Pewter Grey‘.
Dengan penampilan warna baru ini yang nampak lebih bersemangat, ceria dan aktif, Modenas menjangkakan jualan dan sambutan baik dari orang ramai terhadap Pulsar NS200 akan berterusan dimasa hadapan.
Satu lagi penampilan baru yang agak menarik pada Modenas Pulsar NS200 ini ialah kepala skru dibahagian enjin telah diwarnakan lebih cerah daripada warna enjin (hitam) supaya Pulsar NS200 nampak lebih menyerlah, garang dan mantap.
Walaupun didatangkan dengan warna dan grafik baru, namun harga motorsikal Modenas Pulsar NS200 ini tetap kekal pada harga yang hampir sama seperti pada permulaan ia dibawa masuk pada tahun 2017 dahulu iaitu sekitar RM 9,600.00.
Meskipun tiada sebarang perubahan dilakukan pada bahagian enjin 200cc DTS-i Pulsar NS200 namun dengan hamburan kuasa 24.5hp dan tork maksimum 18.6Nm sedia ada, ia sudah mencukupi untuk menarik perhatian peminat Naked Bike untuk memiliki sebuah motosikal yang berkuasa dan padu Mat Jenun dibawah 250cc.
Ketika menunggang uji secara ringkas motorsikal ini didalam litar ‘Go Kart’ baru2 ni, kami dapat merasa keselesaan ketika menunggang dalam apa juga keadaan seperti ketika mengambil selekoh, membrek secara mengejut (ABS Memang Padu Mat Jenun), melalui laluan berliku dan merentas halangan berbonggol.
Antara ciri ciri lain yang terdapat pada Modenas Pulsar NS200 ialah:
– Penyerap teleskopik di hadapan bersama bush anti geseran
– Suspensi belakang dengan tabung gas Nitrox
– Enjin satu silinder 199.5 cc SOHC dengan tiga palam pencucuh.
– Muatan tangki petrol 12 liter
– Berat 158 kg
– Rim 17 inci – tayar 100/80 di hadapan dan 130/70 di belakang.
Semoga Modenas Teros Garang dengan produk2 terbaru dan berprestasi tinggi Oyeahhh!
Comments
Loading…