in

HONDA GBO SPESHEL EDISHEN KALER ORI 1984

Tak Pernah Operet Enjin Semenjak Beli !

Kalau diperhatikan betol2, Honda GBO masa dilancharkan dulu (sekitar 1981- 1985), warna ori dari kilang adalah Kelabu, Hitam dan Merah. Warna Kelabu dan Hitam adalah warna yang selalulah kita jumpa di desa2. Merah jarang2 jumpa. Dan ketiga-tiga warna tersebot buleh dikatakan warna rasmi untok jentera2 keluaran Honda.

Tiba2, Boon Siew Honda lancarkan satu warna baru untok Honda GBO masa tu. Depa keluarkan Warna Biru yang bukan biru biasa, ada elemen macam ‘striking metalik’ dan biru tu pon tak gelap sangat, tak terang sangat. Kaler biru ni memang sangat original lah dari Honda. Rasanya masa tu jentera2 dari jenama lain belom pernah lagi keluarkan jentera dorang dengan warna biru camnih.

Jentera Honda GBO yang sedang Lu Orang tengok sekarang nih adalah ‘lejen hidop’ lah sebenarnya. Keluaran tahon 1984, dan warna biru yang sedang disaksikan sekarang nih adalah warna yang ori dari kilang Boon Siew Honda ditahon 1984 nan silam. Mungkin ada banyak lagi yang maseh simpan GBO original kaler macam nih, tapi buat masa nih, inilah sebijik yang kami terjumpa. So kami siarkan yang ni dulu lah Nohhh!

Kondishen jentera ni memang agak bersememeh dan season, dan jentera ni hari2 berjalan. Paling menarek, enjinnya semenjak dibeli di tahon 1984, sekali pon tak pernah dibukak untok oberhol. Stripe/stiker pada body dan kaver bateri pon adalah original tahon 1984 punya. Memang tuan punya motor nih tak terlalu menjaga dengan rapi sangat, tapi dia taklah hantam redah saja motor nih. Dia bawak pon slow n steady aja, paling laju pon 40km/j ajer Oyeahhh!

Kami paparkan jentera ni supaya Raida2 yang suka motor retro boleh tenguk dan mungkin jugak buleh dijadikan sebagai panduan kalau nak restore GBO masing2. Kaler biru Speshel Edishen ni kena tenguk betol2 agar warnanya tak lari kalau nak buat projek restore. Ramai jugak Gua tengok motor2 GBO yang di restore, dan depa cuba cat semula dengan kaler biru Speshel Edishen nih. Tapi hasilnya macam tak berapa nak dapat dan tepat sangat dengan warna biru nih. Tapi ada jugak yang dapat tune, dan dapat bancoh kaler biru sebijik macam GBO nih. Respek lah kat Raida yang dapat tune tuh Nohhh!

Okay, jentera ni Gua jumpa di pekan Simpang Empat Perlis, atau lebeh tepat lagi di sebuah kedai menjual alat2 mengail/memancing. Hari2 tokey kedai tu parking motor ni depan kedai. Sapa2 yang dok area berdekatan, kalau nak tenguk dengan lebeh dekat, bulehlah pi ke kedai tuh. Dan kalau ada rasa minat nak beli, buleh jugak pi sembang2 slow talk dengan tokey tu haha! Mana tau kot nak jadi rezeki kan? Sambaq teruih la Nohhh!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

SKOOT NOT DEAD… TEROS BERTAHAN TEROS RIDE !

TEST RIDE MODENAS PULSAR NS200 GELI GELI LUTOT