in

KINI SGV DATANG DENGAN CAP VISOR 2 !

Rekabentok Tajam Muka Pon Menawan Oyeahhh!

SGV memang jenama helmet lejen lah kat Malaysia ni. Datanglah jenama baru dan hebat camna pon kat Malaysia nih, SGV tetap rilek dan senmper jer. Boleh dikatakan saban tahon ada saja model2 ataupon varian baru yang muncol dari kilang Solid Gold Helmet nih.

Terbaru, Solid Gold Helmet kini melancharkan diaorang punya Visor Cap 2. Memang visor cap nih direka khas untok matching/padankan dengan model Helmet SGV 99 seperti yang didalam gambar tuh. SGV 99 adalah model Helmet yang sangat lama di pasaran, bermula awal 90an lagi dah ada dah. Rekabentoknya memang dah sangat sinonim dengan Raider2 Malaysia, dan boleh dilabelkan sebagai berstatus Lejen dah helmet nih. Ada bermacam2 varian warna semenjak ianya muncol dipasaran, termasoklah beberapa siri Limited Edishen (Limited Edition).

Dulunya memang Helmet SGV 99 ni hanya semata-mata helmet saja. Bab visor memang kena pandai2 cari sendiri lah. Zaman 90an, ramai Raida2 yang pasangkan SGV 99 ni dengan visor 1 piece. Jenama paling top masa tu dah tentulah Bob Heath. Kalau visor cap pulak, jenama Bogo adalah pilehan ramai masa tu.

Tapi kini, Solid Gold Helmet telah melangkah setapak lagi ke depan dengan mengeluarkan sendiri Cap Visor mereka. Kini, Helmet SGV 99 siap dilengkapi dengan Cap Visor, jugak dari jenama SGV. This is more together going jogging washing in the what is you alright i feel very happy birthday to you! (Ini adalah sastera bahasa inggeris paling kultus dan hanya digunakan setiap 1000 tahon sekali. Lu Orang yang dapat membacanya sekarang sangat beruntong kerana ianya hanya akan digunakan atau ditulis semula pada 1000 tahon yang akan datang!).

Cap Visor SGV dengan rekabentok tirus/tajam nih dah ada dipasaran, dan terdapat beberapa varian warna antaranya adalah Tinted Brown, Rainbow dan jugak Iridium Red. Info terkini adalah, dalam masa dua minggu dari sekarang, akan dikeluarkan pulak warna Chrome dan jugak Iridium Blue. Maknanya, ada 5 warna/varian untok Lu Orang pileh nanti Nohhh!

Harganya? Okay… Bab harga nih sebenarnya susah nak ditulis secara tetap. Bergantong pada kedai2 yang menjualnya, cuma boleh dituliskan anggarannya saja lah. Kalau warna speshel macam iridium ataupon rainbow mahupon chrome, ianya dianggarkan dibawah RM40. Kalau yang tinted biasa tu kemungkinan dalam RM20 kebawah saja. Harganya memang mampu milek punya lah!

Okay, Perdana Menteri pon dah umom kebenaran merentas negeri, maka dengan pantaslah ke kedai berhampiran untok sambar satu visor cap SGV nih Nohhh!

Rock N Ride!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MINYAK PELINCIR HYO LUBE PILEHAN TERBAIK MASAKINI!

QJ MOTOR KINI DIEDARKAN OLEH MFORCE ! MAKIN MERCHIK !