in

QJ MOTOR KINI DIEDARKAN OLEH MFORCE ! MAKIN MERCHIK !

Bersedia Dengan Serangan Motor Baru di Tahon 2022!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah dilantik menjadi pengedar eksklusif motosikal berjenama QJ Motor di Malaysia. Qianjiang Motorcycle yang dibangunkan sejak tahun 1985 mengeluarkan pelbagai jenis motosikal termasuklah jenama Benelli, Keeway dan QJ Motor yang telah dieksport ke seluruh dunia.

QJ Motor sentiasa mengikuti strategi perkembangan teknologi yang canggih, peralatan yang moden serta produk berkualiti bertaraf antarabangsa. Selain harga yang sangat kompetitif, QJ Motor juga turut menawarkan kualiti dan spesifikasi yang terkini.

Dengan kemasukan jenama QJ Motor ke pasaran motosikal Malaysia, ianya akan memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat-peminat motosikal di negara ini memandangkan produknya merangkumi pelbagai jenis motosikal, dari 100cc hingga 1300cc seperti SRT800, SRK600, QJ Race 250 dan sebagainya.

Pengurus Besar Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd, Asri Ahmad berkata bahawa Mforce kini sedang giat menjalankan ujian ketahanan ke atas beberapa model QJ Motor bagi memastikan kualiti keseluruhan motosikal tersebut berada dalam keadaan yang maksimum.

Peminat motosikal akan dapat menyaksikan dan boleh memiliki motosikal jenama QJ Motor pada suku kedua tahun 2022 di pengedar-pengedar sah Mforce di seluruh negara.

Apapon, kita nantikan jentera sulong QJ Motor yang bakal dilancarkan tak berapa lama lagi Nohhh !

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

KINI SGV DATANG DENGAN CAP VISOR 2 !

SKOOT NOT DEAD… TEROS BERTAHAN TEROS RIDE !