Baru-baru ini, Honda Motor Europe Ltd telah MengVairelkan Honda Super Cub 125X, sebuah Kapcai prototaip secara rasmi. Jentera yang dimodifikasi bermazhab off-road ni telah dibikin oleh Motocicli Audaci dari Cagliari, Itali. Bengkel ni memang dah terkenal dalam aktiviti pinda meminda, tukar menukar dari biasa- biasa kepada luar biasa Nohhh!
Honda Motor Europe Ltd telah bagi lampu hijau kat Motocicli Audaci untuk merancang dan mengDesign semula jentera penoh lagenda nih, dan setelah bertungkos lumus selama dua bulan, akhirnya siaplah prototaip paling mengerikan ini Nohhh!
Menurot salah seorang tukang bikin motor nih yaitu brader Nikola Manca, modifikasi jentera nih hanyalah berkaitan penampilan luaran dan sikit sentohan pada bahagian handle bar. Body dan diameter serta enjin adalah didalam keadaan ori, penoh kesucian dari segala noda dan dosa heh!
Apa yang dikacau dan dibikin adalah pada bahagian Seat, yaitu dibuat memanjang jadi macam seat Honda C70 kelasik (Model asal single seat). Tapi tang ekor belakangnya depa dah altered la sikit untok menambahkan unsor2 shahdu sendu di aidiladha oh sedeh tak dapat beraya dengan keluarga. Untok memberikan perasaan sebenar ride motor off road, saspenshen belakang ditukar kepada yang lebeh besar dan tinggi sikit daripada yang original punya. Saspenshen/fork depan maseh kekal ori sesuci lebaran.
Bahagian ekzos jugak telah dipinda, dialeh laluan asal daripada bawah naik ke atas (melalui kotak bateri yang jugak dimodified). Paling menonjol adalah pemasangan kaver (cover) disc brake depan. Fuhhh.. terlalu indah bak awek kedai ayer buah di Terengganu tu oyeahhh! Masok pulak tayar Off road depan dan belakang, teros terpingsan 12 menet Gua cakap Lu! Menurot Nicola Manca, semua ni dibuat untok disesuaikan dengan kesedapan tatkala nak main off road.
Ketika ditanya apa pasai Lu bikin prototaip ni bermazhab Off Road? Nikola dengan mengontrol hensem jawab bahawa dia adalah seorang yang terlalu entuzias (enthusiast) dengan jentera Off Road. So, bila Honda dan bagi lampu hijau tanpa apa2 direction, itu adalah seperti Cikgu Shaari Menyuroh Anak Muridnya Membaca di Papan Hitamlah. Cikgu sudah tidor, Mari kita main oyeahhh!
Model prototaip ni buat masa nih hanyalah untok divairelkan dulu ke seluroh dunia, tidak akan dijual secara rasmi lagi. Kalau mendapat respon yang menggegarkan dari peminat, rasanya tak mustahil ianya akan dijual secara official suatu masa nanti. Buat masa terdekat nih, jentera nih akan dibawak untok join satu race off road sekitar bulan September 2021 nih, dan ianya jugak akan dipamerkan di EICMA 2021.
Raider2 kat Malaysia yang mana dah ada model Super Cub 125 (1st Model) ada bran ka bikin camnih? Oyeahhhh!
Comments
Loading…