in

SKYTEAM ACE 125 : CAFE RACER RARE LIMITED

Harga Sekenhen kini Sangat Mengeraskan?

Mungkin BBNU tak berapa sedar dengan kehadiran jentera jenama Skyteam Ace 125 nih. Jentera ni dilancarkan pada tahon 2017, dan secara mata kasar, dirasakan mungkin hanya sekitar 200-250 bijik saja yang dijual di Malaysia.

Skyteam Ace 125 Cafe Racer berkapasiti 125cc nih dikeluarkan oleh satu kampeni di Penang, dan ianya adalah prodak remake ataupon berinspirasikan daripada sebuah model keluaran Honda yaitu Honda RC110 Cafe Racer. Honda RC110 adalah jentera 4 lejang bercirikan cafe racer dan dikeluarkan pada tahon 1960an, mempunyai banyak varian bermula dengan 5 speed hinggalah ke 9 speed. Manakala Covid19 pulak, ianya jugak mempunyai banyak varian jugak sekarang nih. Lagi banyak rakyat dicucok veksin, varian pon ikot sama jadi banyak jugak. Haritu depa kata rakyat kena cucok DUA dos saja untok bagi badan jadi kuat, tapi harini dok tengok berita di internet, mungkin kena tambah cucok satu dos tambahan lagi oyeahhhh! I Love You Farah Ann, walaupon balek awal tapi esok maseh ada meskipon lautan api tobat ku takkan renangi jua empiiii!

Okaylah, dalam ramai2 member Gua kat Fesbuk, ada sorang yang Gua terperasan menjadi owner motor jenama Skyteam Ace 125 nih. Nama dia Zan (nama sebenar Aliff Afdzan) dan jom kita baca interbiol Gua dengan dia secara darurat.

MK: Okay bro, bila bro beli motor yang durjana tapi sunggoh bertenaga dan maskulin ini?
Zan : Beli motor ni dalam tahon 2018 nan silam. Harga masa Gua beli dulu sekitar 6 ribu lebeh, tak sampai 7K pon. Tapi kalau hangpa nak tau, sekarang ni dia punya harga dah mengerikan dah. Sekenhen (2nd) pon dah cecah 7K Gua cakap lu. Walaubagaimanapon…
MK: Sat.. Sat bro.. mukaddimahulhuruuuf jangan panjang sangat bro. Izinkan Gua tanya soalan dulu nohh..
Zan: Ohhh.. ya..okay..okay.. siakap senohong gelama ikan mencuri, bercakap banyak lama2 jadi menteri. Ya silakan soalan seterosnya…

MK: Apa pasal beli motor nih? Apa tarikan utama hinggakan Lu terbeli jentera ni sedangkan masa ni jenama H dan Y serta D (Demak) sedang mengganas dipasaran arus perdana? Apakah Lu seorang yang anti veksin?
Zan: Gua pileh jentera ni sebab rekabentoknya yang iras2 Honda RC110 Cafe Racer klasik. Tankinya yang panjang tu pon sangat menarek perhatian awek kedai ayer buah kat Terengganu tuh. Pendek kata sangat serasi dengan jiwa Gua yang minat benda2 klasikal nih. Walaupon hidop seribu tahon kalau tak sembahyang apa obatnya?

MK: Selama pakai motor nih, ada buat apa2 modifikasi? Atau pernah tak kena saman dengan JPJ sebab terlupa bawak motor?
Zan: Ada jugak tapi tak banyak sangatlah, cuma ubah sedikit aksesori luar macam buang rear guard belakang dan tukaq mud guard depan jenis pendek.. Ubah lampu belakang jenis led dan buboh handle clubman. Tak perlu buat banyak modifikasi sebab yang original pon dah memang cun stage 4 dah.

MK: Proses modifikasi ni buat sendiri atau ada bengkel speshelis?
Zan : Banyak benda Gua bikin sendiri saja, kecuali masa nak tukar handle saja Gua hantar ke bengkel yg berdekatan. Dari segi performance cuma ubah sprocket Dan CDI racing.. Akan datang mungkin akan upgrade blok 250cc dan tambah full fairing.. InshaaAllah.

MK : Boleh share sikit pasal bab ni :-
Full throttle boleh pi brapa kmj
Zan : Gua pernah dpt 100kmj.. Tp selalunya 90kmj lah.. Motor ni memang standardnya tak laju. Mungkin sengaja dibuat tidak laju. Ya lah.. kalau laju sangat nanti orang tak berapa nak nampak… Hehehe..

Tangkinya berapa liter dan boleh jalan berapa kilometer kalau full tank?
Zan : Full tank selalunya boleh pi 300km lebih. Tapi tak besa bagi habis minyak lagi lah sebab motor ni takdak meter minyak. Bergantung kat reserve semata mata.. Motor klasik lah katakan.. Mestilah selalu berkorban untok orang lain..

– Saspenshen (Suspension) originalnya ok atau ko?
Zan : Saspenshen dia agak melayang skit dan lembut… Jadi kalau amik selekoh tak berapa nak confident dan pepsodent.. Tapi ada juga member lain kona cecah lutut.. Absorber lembot atau melayang bukan problemlah bagi raider yang telah kerasukan semangat Azroy.

– Riding position ok tak dengan owner?
Zan: Riding position agak membongkok skit macam bawa sport bike. Cuma kalau jalan jauh tu letih la sikit sebab moto tak laju dengan Position membongkok nih.. Bila dah tukar handle clubman lagi la bertambah bongkok. Tapi takpa, Gaya punya pasal kita mesti tabah mengharongi liku dan onak duri sebagai Rockstar.. (walaupon memang ada penyesalan Huhu..)

– Sepanjang pakai motor ni, apa problem yg paling terok?
Zan : Alhamdulillah setakat ni takdak apa lagi problem yg terok. Cuma ada la brek depan dia tu terlalu mencengkam sangat sampai Gua dah tergolek dog dah sekali, dan 1 lagi kena pastikan electric starter hidup. Kalau Starter letrik tak idop menangis nak kayuh enko dia.. Susah nak start..

MK: Cerita sikit tang enjinnya.. Ada persamaan dak dengan mana2 enjin mainstream lain?
Zan: Enjin dia sama dengan Honda CG125, cuma perbezaan dia ada electric starter. Dan kebanyakkan enjin jenis ni banyak jenama motor lain yg pakai macam Demak, KTN, Nimota dan lain lain yang seangkatan dengannya.

– Plug dia pakai size apa? Sama dgn model motor apa?
Zan : Plug dia sama size Honda CG pakai D7EA, Ace 125 ni pulak D8EA. Mungkin jugak nak sama dengan Yamaha LC.

– Wayering semenjak mula pakai sampai harini ada pernah problem dak?
Zan : Wiring semua cun sebab wiring dia simple saja.. Tak complicated sangat…

MK : Motor ni ada club dak?
Zan : Ada.. Tapi sekarang ni dah kurang aktif sejak mendiang Sunny (manager Skyteam) meninggal dunia.. Kalau masa dia ada dulu memang dia yang uruskan konvoi. Skarang ni dengan pandemik C19 ni cuma borak dalam wassap je lah.. Sebelum2 ni ada jugak duk join kelab cafe racer Penang.

MK : Motor ni ada bengkel rasmi dak? Atau owner jadi pomen sendiri?
Zan: Untuk servis biasa selalunya antar bengkel yang berdekatan dengan rumah saja..Tapi kalau nak godek2 lebeh mendalam, Gua hantar kat pomen motor classic lah sebab moto ni tak pakai cam, dia pakai batang shaft saja utk gerakkan valve macam moto dulu2.. contoh bengkel yang jadi pilehan adalah macam kat Usop Classic Garage di Penanti, Penang.. Kalau untok luaran pula dekat Motorburuk Garage di Bukit Tengah dan jugak Gmie Garage di Tasek Gelugur, Pulau Pinang.

MK: Okay bro, cukop lah kot sembang2 merapu tapi berinformatif nih. Gua pon tetiba berasa senak2 ayam, mungkin terlebeh minom jus limau teloq boya. Jadi, ada nak tambah apa2 lagi? Atau pesanan atau ucapan kat DJ radio ka, kat menteri nikah kawen ka..
Zan: Ok untok semua pembaca di luar sana safe ride, dan harap selepas berakhir pandemik ni kita dapat konvoi kembali macam zaman P Ramli dulu balik. Dan terima kasih kerana sudi menjemput saya untok review motor kali ini. Sekian.. Assalamualaikum.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

EID SIDEK: TOK NEBAN TOURING PENUNGGU BORDER BUKIT KAYU HITAM!

HONDA SUPER CUB 125X VERSI CUBCROSS !