Bertempat di Taman Putra Perdana Puchong Selangor, bangunan Cardinals Racing terbaru ini sangat hebat penampilannya. Boleh nampak dari jauh logo Cardinals Racing yang terpampang di dinding bangunan berwarna biru muda tuh. Gua bertanya dengan Big Bos Cardinals yaitu Mr Wong tentang kos keselurohan bangunan baru itu. Katanya bangunan itu telah dimodifikasi dengan beberapa spesifikasi canggih dan up to date, dan menelan belanja RM5 juta lebih! Wowoooo! Ini memang betol2 world class punya vision Nohhh!
Dihadapan pintu masok utama, terpampang satu poster besar yang memaparkan dua Raider dari dua generasi berbeza. Gambar itu bagi Gua amat bermakna sekali. Di dalam ruangan lobi pula, tersuson kemas seolah2 kita memasoki lobi hotel Oyeahhh!
Ditingkat atas, yaitu tingkat satu merupakan opis pentadbiran Cardinals Racing lah. Ada dalam 5-6 orang staff yang comel dan kacak disitu. Di tingkat ke 2 pulak adalah bilik Bos Besar, bilek meeting dan bilek untok RnD. Terbaik lah Gua cakap Lu!
Keselurohan staff yang bertugas di opis baru ini adalah lebeh kurang 20 orang. Di bahagian bawah adalah stor dan tempat packing barang2 keluaran Cardinals Racing untok diedarkan kepada dealer2. Sentiasa sibok kawasan stor tu.
Okay, itu saja lah sedikit sebanyak stori berkenaan opis baru Cardinals Racing nih. Dan kita yang melehat perkembangan ini dah tentulah akan mempunyai satu pikiran bahawa, jika sudah sebeginilah langkah padu dari Cardinals Racing, tak mustahil dalam dua tiga tahon lagi jenama Cardinals Racing akan menjadi satu lagi jenama paling hot di Malaysia dan Asia Tenggara Oyeahhh!
Rock N Ride Teros Cardinals Racing!
https://www.youtube.com/watch?v=FlAONJaXg18
Comments
Loading…