in

GIVI DAN MOTOWAZI BERKOLABORASI KURSUS TEKNIK KESELAMATAN TUNGGANGAN MARSHAL

40 Rider Telah Join Untok Tingkatkan Skill!

Motowazi dengan kerjasama GIVI Asia telah mengadakan kursus Tunggangan Keselamatan Marshal di Stadium Melawati Shah Alam baru2 ini. Kursus ini telah dihadiri oleh 40 Rider dan tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untok memberikan pendidikan teori tentang tugas2 Marshal serta praktikal tentang pengendalian jentera, kedudukan/positioning serta komunikasi ketika sedang on road.

Kursus Teknik Keselamatan Tunggangan Marshal ini juga cuba mengetengahkan cara tunggangan yang betol dan berhemah (bukan berkhemah okay, jenis berkhemah ni lah yang selalu buat problem di Haiwey, boleh dok beriringan side by side sampai menutop laluan kenderaan orang lain. Kamon brader, nak berkhemah, pi kona masok hutan lah, jangan dok berkhemah atas Haiwey Nohhh!). Selain itu, pakaian semasa menunggang jugak dititikberatkan dalam kursus ini.

Menurot Pengurus Pemasaran Givi Asia Mr Samir Sharman atau Sam, Kerjasama GIVI dan MOTOWAZI untok julong julong kalinya ini adalah untok meningkatkan kesedaran penunggang tentang ciri2 keselamatan tidak kira menunggang solo atau berkumpulan/konvoi. Dengan kelolaan daripada Tuan Haji Wazi sendiri, Mr Sam amat yakin bahawa kursus ini akan membuahkan hasil yang positif.

Majalah Kapcai mengucapkan syabas dan tahniah kepada Givi, Motowazi serta peserta2 yang mengambil bahagian dalam kursus ini. Teroskan Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MBG RIDE CAMP OUT 2020

HELMET LTD SPORT BINTANG SPECIAL EDITION