in

MBG RIDE CAMP OUT 2020

Event Klasik Pertama Selepas PKP: Berlangsong Dalam Normal Baru Nohhh!

Saya Zam selaku Organiser/Penganjur MBG RIDE CAMP OUT 2020. Pada 28,29 Dan 30 August baru2 ni kami telah berkhemah beramai2 di Seratak Anjung Resort Kuala Trong Perak. Event ni buleh dikatakan anjuran Motoburuk Garage lah.

Okay, acara ini melibatkan pemilik2 Vespa, Lambretta, Chopper, Cafe Racer, Custom Bike dan juga kenderaan classic yang lain. Jumlah kehadiran peserta amatlah diluar jangkaan! Lebih 1000 buah motosikal klasik telah hadir ke MBG Ride Camp Out dan dorang datang dari serata pelusuk negeri Oyeahhh! Mungkin pakat2 dah tak tahan nak join event, almaklomlah Covid 19 punya pasal.

MBG Ride Camp Out adalah bertemakan camping, maka pada 28hb ramai rider2 dri jauh telah sampai ke tapak acara untuk pendaftaran manakala pada 29hb pula telah berlangsungnya flat track race. Terdapat 6 kategori untuk flat track race, dan ramai peserta dari Ipoh, Kuala Lumpur, Taiping dan juga beberapa negeri lain. Pada sebelah malamnya pula sesi makan malam @ BBQ Dan perform Dari band2 underground. Walaupon nampak macammeriah gila, tapi SOP serta penjarakkan sosial tetap diamalkan demi mengembalikan semola normal kehidopan kita.

30hb pulak telah berlansungnya pertandingan motosikal tercantik yang dibahagi kepada 13 kategori. Semuanya sangat meriah dan Event berakhir pada jam 3 petang setelah selesai pemberian hadiah Dan juga cabutan bertuah.

Walaupun Kita Masih Dalam keadaan PKPP, sememangnya semua peserta yang hadir sentiasa mengikuti SOP Yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Terima kasih kepada semua peserta2 Yang hadir jumpa lagi tahun depan MBG2021.

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KAWASAKI GPZ 250R 1986

GIVI DAN MOTOWAZI BERKOLABORASI KURSUS TEKNIK KESELAMATAN TUNGGANGAN MARSHAL