in

MAJLIS PELEPASAN KOVE MALAYSIA RACING TEAM KE THAILAND UNTUK MENYERTAI PERLUMBAAN ASIA CROSS COUNTRY RALLY (AXCR) 2024

Mdua Motor Sdn. Bhd. (KOVE Malaysia) melancarkan secara rasmi ‘Flag-Off’ pasukan KOVE Malaysia Racing Team ke Asia Cross Country Rally 2024 (AXCR2024) di Thailand.

Ralli berprestij yang merangkumi jarak lebih 2000 kilometer melalui laluan kawasan terpencil dan jalan raya, menjanjikan perjalanan yang mencabar dan mendebarkan dari Surat Thani ke Kanchanaburi. Acara lasak ini berlangsung selama enam hari bermula daripada 12 Ogos sehingga 17 Ogos 2024.

Perlumbaan AXCR2024 yang mendapat pengiktirafan FIA ini terkenal dengan laluan yang sukar dan mencabar. Peserta turut dibahagikan kepada dua kategori kereta dan motosikal, masing-masing dengan kuasa dan spesifikasi tertentu, sekaligus memastikan setiap pasukan bersedia untuk mengharungi situasi serta kecekalan yang ditawarkan pada pertandingan yang sukar ini.

Pasukan KOVE Malaysia akan diwakili oleh Hazim Hayazi, seorang pelumba motosikal lasak yang masih muda dan berbakat. Kemahiran dan ketahanan Hazim di dalam perlumbaan off-road telah menghasilkan beberapa kejayaan penting dalam pencapaian sukan ini termasuk:

1. Juara Kelas-C di GIVI Rimba Raid 2023
2. Juara ‘King of Royal Rumble’ dalam Royal Rumble Hard Enduro Rider 2023
3. Tempat ketiga keseluruhan di WRC Orange Enduro 2023 dalam Kategori Terbuka
4. Tempat keempat dalam Kelas C di Gamuda Gardens Advenduro-X 2024

Untuk kejohanan AXCR2024, Hazim akan menunggang KOVE 450 Rally, yang dilengkapi dengan sistem navigasi ‘roadbook’ yang canggih serta kit perlumbaan yang mirip kepada perlumbaan Dakar-Rally. Beliau juga turut disertai dan disokong oleh dua juruteknik muda yang berpengalaman dari bahagian teknikal dan logistik KOVE Racing Team.
KOVE Malaysia Racing Team adalah pasukan perlumbaan lasak yang baru ditubuhkan serta diinspirasikan oleh kejayaan cemerlang pasukan prinsipal perlumbaan KOVE yang telah menguasai peringkat motosikal rali di kejohanan Taklimakan Rally di China. Penyertaan ini juga merupakan satu penghormatan istimewa memandangkan KOVE Malaysia Racing Team adalah satu-satunya wakil tunggal Malaysia dalam acara AXCR2024 yang berprestij ini.

Penyertaan pasukan KOVE dalam AXCR2024 turut mengetengahkan kesungguhan serta komitmen mereka untuk membuktikan ketahanan dan prestasi motosikal KOVE dalam pelbagai keadaan persekitaran di ASEAN. Mereka berhasrat untuk menggunakan acara ini sebagai medan ujian bagi keupayaan luar biasa KOVE 450 Rally. Sasaran pasukan pada kali ini bukan sahaja hanya untuk menamatkan perlumbaan namun turut mengintai peluang untuk memenangi beberapa pusingan yang harus dilengkapkan dalam jadual rali AXCR2024 ini.

KOVE Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada Hazim Hayazi dan seluruh pasukan KOVE Malaysia Racing dalam pertandingan AXCR2024 ini.

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MALAYSIANCUBPRIX ROUND 6: AZROY ULANGI KEJAYAAN DI TERENGGANU

50 Pembeli Pertama Terima Suzuki V-Strom 250 SX