CFMOTO Malaysia terus meluaskan pasaran mereka dengan memperkenalkan model terbaru, 800NK Advanced dengan sesaran enjin 800cc. Pelancaran yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur itu mengumumkan kehadiran model terbaru ini dengan harga jualan yang menarik bermula RM 38,888 tidak termasuk insurans dan cukai Jalan.
Motosikal ini menggunakan enjin silinder berkembar dengan sistem DOHC yang menjadi paduan teknologi terkini. Gabungan tenaga dan kecekapan dalam satu jentera yang padu terhasil daripada kuasa maksimum iaitu 74kW pada 9,500rpm dan tork maksimum 81Nm pada 8,000rpm.
Pengenalan model 800NK Advanced dengan dua pilihan warna yang elegan, Zircon Black dan Nebula White, adalah suatu langkah yang memukau dari CFMOTO. Dengan ciri-ciri dan prestasi yang dijanjikan oleh model ini, ia pastinya akan menarik minat peminat kenderaan di Malaysia dan memperkukuhkan lagi reputasi CFMOTO sebagai pilihan utama dalam dunia automotif.
CFMOTO 800NK menampilkan klac slipper yang membantu mengelakkan ketidakstabilan roda belakang semasa anjakan ke bawah secara agresif, terutamanya apabila memasuki selekoh pada kelajuan tinggi.
Dalam memastikan keseimbangan yang baik antara pengendalian, cengkaman dan kestabilan
menunggang, jentera ini mengenakan penggunaan tayar hadapan bersaiz 120/60-17 dan tayar belakang dengan 180/55-17 sesuai dengan penampilannya yang lebih terkini. Bagi suspensi hadapan, model ini menggunakan suspensi terbalik yang boleh dilaras daripada jenama KYB. Suspensi terbalik KYB
memberikan prestasi yang lebih baik dalam menangani beban dinamik semasa menunggang dengan kelajuan tinggi. Ini menjadikan model 800NK lebih sesuai untuk pemanduan yang dinamik dan penuh dengan cabaran. Suspensi belakang pula menggunakan suspensi tunggal dan juga boleh dilaras memberikan kestabilan, terutama ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi memandangkan tidak wujudnya daya kilas.
Model CFMOTO 800NK dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Teknologi ini meningkatkan kawalan dan kestabilan dengan memodulasi tekanan brek pada roda individu, mengelakkan tergelincir dan membenarkan penunggang mengekalkan kawalan. Dengan ABS pada CFMOTO 800NK, penunggang boleh brek dengan lebih yakin, walaupun pada permukaan licin atau semasa berhenti mengejut.
Teknologi ini mengurangkan risiko kemalangan yang disebabkan oleh tergelincir dan kehilangan kawalan akibat daya brek yang berlebihan.
Yang paling penting, CFMOTO 800NK turut menggunakan system kunci pintar pintar ataupun Smart Key System. Sistem kunci pintar ini mudah digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda. Ianya lebih mudah dan selamat dengan teknologi pintar ini.
Model terbaharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik dan ciri untuk meningkatkan
prestasi, keselamatan dan pengalaman penunggangnya. Dengan unjuran skrin TFT tanpa wayar bersaiz 8 inci, ia dapat menyambungkan navigasi teknologi seperti main semula muzik dan pemberitahuan telefon pintar secara terus pada skrin motosikal ini.
Selain itu, sistem kemas kini OTA (Over-The-Air), membolehkan pengeluar mengemas kini perisian. Ciri-ciri canggih ini menunjukkan bahawa CFMOTO menggabungkan teknologi moden dan kemudahan ke dalam model 800NK, meningkatkan pengalaman menunggang keseluruhan dengan penglihatan yang lebih baik, paparan maklumat, ketersambungan dan kemas kini perisian. Model 800NK Advanced ini boleh didapatkan di mana-mana pengedar sah di Malaysia dalam masa yang terdekat ini.
Rock N Ride Nohhh!
Comments
Loading…