Sekitar awal 80an Boon Siew Honda telah mengeluarkan model C70 berwajah baru yang femes dipanggil Honda GBO- berlampu petak- menggantikan model lampu bulat yang menjadi fenomena ditahon 60-80an.
Segmen Flyers Retro kali nih akan mengriview serba sikit berkenaan dengan Honda GBO J, model facelift daripada Honda GBO. Seperti diketahui umom, Honda GBO 1st model didatangkan dengan ekor besi, berkapasiti 72cc dan maseh menggunakan platinum/petenam sebagai platform ignition. Tangkinya pulak telah disatukan dengan body, dan ini adalah antara perbezaan ketara diantara Honda GBO dengan Honda C70 lampu bulat.
Perlu juga diberitahu disini bahawa, di geran Honda GBO langsong tidak ditulis perkataan GBO, hanya ditulis Honda C70 sahaja. Sehingga kesaat ini akronim GBO itu telah diterjemahkan dengan berbagai nama, tapi ternyata itu semua hanyalah PT (Pala Tau) sehidong hidong. Maka, untok memeriahkan industri PT, Gua pon nak terai boh nama jugaklah; Geng Bikers Osem… buleh kot?
Dipercayai, model GBO facelift (GBO J) seperti di Flyers yang sedang Lu Orang tengok ni telah dilancarkan pada 1985, setahon sebelom kemuncolan jentera kapcai paling lejen, EX5! Diwaktu ini jugak, Boon Siew Honda telah melancharkan sebuah lagi jentera yang kini menjadi buruan ramai yaitu Honda Fame 90cc. Perlu diberitahu disini bahawa, Boon Siew Honda adalah kampeni motor yang paling produktif sekitar 80-90an nan silam. Kadang-kadang tu, dalam satu tahon mereka boleh lancarkan dua model yang berbeza (bukan facelift). Sebagai contoh, Honda Fame 90cc dikeluarkan ataupon dilancarkan pada 1984, dan selang beberapa bulan selepas itu, dilancarkan pulak Honda GBO J (new facelift seperti didalam gambar). Dan ingin sekali diberitahu jugak bahawa, tidak semua model2 keluaran jenama Honda berjaya dan menjadi fenomena di pasaran. Takpa, bab tu kita bahas di stori yang lain, harini kita sembang pasal Honda GBO J ni dulu Nohhh!
Jika dilehat di Flyers Honda GBO J ini, ianya menggunakan slogan dalam bahasa omputeh yaitu Me And My C70 CDI Deluxe. Terdapat tiga remaja Baru Nak Up yang dress up ala2 budak kolej swasta. Diharapkan ketiga tiga model didalam gambar ini sehatlah sekarang nih dan kalau ada sapa2 yang kenal depa bertiga nih, sila snap gambar dan send kat kami. Terima kaseh kepada Boon Siew Honda yang telah menggunakan khidmat model tempatan untok bikin poster/flyers nih. Satu tindakan yang sangat diluar kebiasaan. Iya lah, dimasa itu, model2 yang selalu dipileh untok apa2 promosi selalunya datang dari kelompok artis ataupon selebriti sukan. Tapi untok flyers Honda GBO J ini, muka2 baru nak up telah dipileh. Ini sangat rare!
Model GBO J ni telah dinaik taraf kat beberapa komponen dan parts, antara yang paling utama adalah CDI (Capasitor Discharge Ignition) bagi menggantikan Platinum/Petenam. Semua raider2 yang pakai Honda C70 lampu bulat mahupon GBO ekor besi dah sedia maklom dengan prestasi daripada petenam. Gua sendiri serender (surrender) pakai Petenam. Hanya yang betol2 berjiwa asli saja yang teros setia dengan Petenam. Selain CDI, GBO J jugak didatangkan dengan ekor plastik, serta dilengkapi dengan kunci seat kat belakang. Satu upgrade yang amat drastik! Bila dah banyak sangat penambahan untok model facelift nih, ada jugak lah bahagian yang di ‘cut cost’. Cover set atas kepak/legshield Honda GBO J dah ditiadakan lampu senja nya. Satu lagi adalah frame/bingkai lampu depan, telah ditukar daripada chrome kepada warna hitam oyeah!
Terdapat 3 warna yang ditawarkan pada masa tu yaitu Serbia Black, Axis Blue dan Berrywine Red. Berrywine Red ni kalau sekali imbas, buleh dikatakan ala2 warna merah dunhill lah. Oh ya, untok bahagian enjinifikasi, ianya sama dan serupa dengan Honda GBO ekor besi (hanya tukar petenam kepada CDi saja). Ketika Honda GBO J ni keluar dipasaran, ianya dijual sekitar RM 3200.00. Perlu diberitahu bahawa, pada ketika itu, down payment/ pendahuluan sangat tinggi, sekitar 60-70 persen daripada harga motor Nohhh!
Jika dilehat pada flyers nih, Boon Siew Honda pada ketika itu rekemen jentera keluarannya untok pakai minyak pelincir dari jenama Shell. Sebenarnya pada masa tu (80-90an), buleh kata kampeni2 motor terkenal akan pakai minyak pelincir keluaran Shell. Untong besaq kampeni Shell time tu Gua cakap Lu Nohhh!
Okay, cukoplah serba sikit kisah merujok kepada flyers Honda GBO J nih. Kita akan sambong cerita untok Flyers Retro motor lain pulak lepas nih. Ini adalah permulaan, ada banyak lagi flyers retro dalam simpanan kami untok dikongsi kat website nih oyeahhh!
Nota : Gambar yang di upload sengaja tidak diletakkan watermark. Kenapa? Saja lah…
Rock N Ride!
Comments
Loading…