in

ZONTES 368G MULA BEREDAR DI MALAYSIA, HARGA HAMPIR RM29K.

ZONTES Distribution (M) Sdn Bhd anak syarikat EUROTECH WHEEL DISTRIBUTION SDN BHD telah melancarkan model baharu ZONTES 368G ADV, Majlis pelancaran tersebut telah dilakukankan oleh En Goi Seong Keng Pengurus Pemasaran ZONTES Distribution (M) Sdn Bhd dengan kehadiran tetamu jemputan dan wakil-wakil dari media permotoran tempatan.

ZONTES 368G ADV menggunakan enjin satu silinder berkapasiti 368 cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair mampu menjana kuasa sehingga 38.5 Hp(28.5 kw dan tork 40 nm), merupakan skuter serba guna yang sesuai digunakan di atas jalanraya biasa untuk berulang alik ke tempat kerja, ride makan angin secara solo atau berkonvoi di hujung minggu bersama rakan-rakan permotoran.

ZONTES 368G ADV disarung dengan tayar dwiguna yang direka bentuk untuk kegunaan di atas jalan raya biasa dan laluan yang tidak berturap untuk memberi lebih kenyakinan kepada penunggang untuk menunggang di atas apa jua keadaan permukakaan jalan. Tayar hadapan bersaiz 17 inci dan 14 inci di belakang (tubeless).
Seperti skuter zontes sedia ada yang lain, ZONTES 368G ADV juga menyediakan aplikasi pintar bersepadu ZONTES yang menawarkan kemudahan seperti kawalan kenderaan, maklumat kenderaan dan sejarah penunggangan.

Tangki bahan api yang besar boleh mengisi sehingga 17.5 liter petrol pada satu-satu masa mampu menggerakkan ZONTES 368G ADV sehingga sejauh 500 kilometer dengan purata jarak perjalanan, 3.5 l untuk 100 km. Muatan tangki ini adalah antara yang terbesar di kalangan skuter yang ada ketika ini. ZONTES 368G ADV mempunyai dua mode tunggangan, mood tunggangan berkuasa, untuk memberi penunggang menikmati gaya tunggangan yang dinamik dan agresif manakala mode tunggangan biasa (jimat) akan mengoptimumkan penggunaan petrol. Penunggang kekal merasa selesa ketika penukaran mode berlaku kerana penukaran mode berjalan dengan sangat lancar.

Skuter baharu ini juga dilengkapi dengan paparan skrin LCD TFT 8-inci untuk penunggang mengakses maklumat skuter dan mengemas kini masa nyata melalui permukaan skrin yang jelas dan mudah dilihat. Skrin paparan ini boleh disambung kepada peranti pintar penunggang dan interkom topi keledar. Dalam keadaan cuaca sejuk penunggang boleh memanaskan tangan melalui haba yang keluar dari pemegang skuter. Tempat duduk yang besar dan lebar memberi keselesaan kepada penunggang dan penumpang ketika melakukan perjalanan jarak jauh, ruang penyimpanan barang di bawah tempat duduk yang besar(52 L) boleh menyimpan dua topi keledar sekali gus. Dan yang menariknya, ZONTES 368G ADV menyediakan 6 port pengecas type A dan C untuk kemudahan penunggang dan penumpang.

ZONTES 368G ADV hadir dengan tiga pilihan warna yang menarik iaitu, Kelabu besi dengan biru, Putih dengan emas, dan Hijau keemasan, yang pasti memukau dan menjadi perhatian ketika berada di atas jalanraya. (Ramai wakil media memuji warna kelabu/biru).

Antara ciri-ciri canggih lain yang dilihat mampu menarik minat pembeli untuk memiliki sebuah ZONTES 368G ADV baharu ialah:-
*Kelajuan maksima yang diklaim mampu mencecah sehingga 150km/j
*Kamera hadapan dan belakang yang menggunakan video 1080p HD, 128GB dengan sensor Sony STARVIS CMOS yang mampu menghasilkan rakaman imej yang berkualiti tinggi
*Panel meter TFT berwarna 8-inci dengan skrin LCD IPS yang menawarkan empat tema berbeza
*Sistem ‘traction control’ secara standard untuk menjamin kawalan tunggang yang lebih selamat dan stabil
*Penghadang angin boleh laras dengan 5-peringkat.
*Bahagian penutup tangki boleh dibuka dan tutup dengan butang elektronik tanpa menggunakan kunci
*Fork hadapan jenis upside/down (USD) dengan pelarasan ‘rebound dan compression’ dan penyerap hentak tunggal pada bahagian belakang menawarkan pelarasan pra-beban
*Brek dengan sistem ABS menggunakan kaliper jenama J.Juan 4-piston di roda hadapan dan 2-piston di roda belakang
*Penggunaan lampu LED sepenuhnya
*Sistem pemula enjin tanpa kunci (keyless)
*TPMS (sistem pemantauan tekanan tayar)
*Bar pelindung enjin dan pelindung tangan

ZONTES 368G ADV sudah dibuka untuk jualan dan boleh di dapati di pengedar sah di seluruh Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, En Goi Seong Keng turut memahami kebimbangan orang ramai mengenai perkhidmatan selepas jualan, terutamanya ketersediaan alat ganti yang mungkin sukar diperolehi.

Kami telah menjalankan satu kajian semula yang teliti dan sudah melaksanakan satu langkah yang komprehensif untuk mengatasi masalah ini. Matlamat utama kami adalah untuk memastikan bahawa pelanggan tidak akan mengalami sebarang kesulitan untuk mendapatkan alat ganti”, kata En Goi Seong Keng Pengurus Pemasaran ZONTES Distribution (M) Sdn Bhd.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KAWASAKI GREEN MANIA 2024 : Metal Head Dan Punk Rock Berkongsi Pentas Utama!

MODA Sporter-S MEMBERI SALAM KEPADA RAKYAT MALAYSIA, ENJIN 250cc PADA HARGA RM17,888.