in

WMOTO BAKAL MELANCARKAN SKUTER XTREME DENGAN ENJIN 250CC PULAK !

Harga Mampu Milek Walaupon Spec Bangsawan Oyeahhh!

Wmoto bakal mengeluarkan skuter Xtreme 250cc pada tahun hadapan (2022) yang merupakan kesinambungan dari Xtreme 150i yang dilancarkan pada 11 Julai 2021 yang lalu.

Semenjak pelancaran Wmoto Xtreme 150i beberapa bulan lepas, skuter berkonsepkan ekstrem ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Dengan spesifikasi yang unggul, Xtreme 150i ini dijual pada harga berpatutan bermula RM9,588.00 tidak termasuk cukai jalan dan pendaftaran.

Bertitek tolak dengan perkembangan yang memberangsangkan itu, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah merancang barisan produk terbaru untuk lima tahun akan datang, dan salah satu jentera yang bakal dilancarkan adalah Wmoto Xtreme 250cc. Jentera ini akan dipasarkan di Malaysia ada tahon depan (2022) dan buat masa ni, skuter berprofil bangsawan ini sedang menjalani ujian ketahanan dan berada dalam proses untuk mendapatkan Vehicle Type Approval (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Tujuan Wmoto Xtreme 250 ini dikeluarkan adalah untuk memenuhi keperluan penunggang yang memiliki lesen B2 tanpa perlu menaik taraf lesen memandu mereka. Skuter 250cc ini akan menawarkan spesifikasi, teknologi dan penampilan yang lebih maju serta canggih. Buat masa ini belom ditentukan lagi harganya, tetapi Ahli Astrologi Majalah Kapcai telah membuat beberapa pemerhatian berpandukan bintang2 di langit timor, dan hasilnya menunjokkan jentera ini berkemungkinan besar akan dijual pada harga dibawah 15K. Ini adalah ramalan sahaja, usahlah diletakkan sebarang harapan mahupon kepercayaan yang keterlaluan.
Berdoalah agar ianya menjadi kenyataan.
Amin…

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

HONDA SUPER CUB 125X VERSI CUBCROSS !

#1 FLYERS RETRO : HONDA GBO J