Yamaha menampilkan warna baharu bagi model Yamaha TMax. Dua warna premium baharu yang ditampilkan ialah “Dark Magma dan Tech Black”. Walaupun datang dengan penampilan warna baharu namun harga Yamaha TMax masih dikekalkan pada harga lama iaitu RM74,998.00,(tidak termasuk insuran, caj pendaftaran dan cukai jalan). Sama seperti ketika mula dilancarkan pada oktober 2022, setiap pembelian Yamaha TMax baharu akan menerima satu kunci cakera keselamatan bernilai RM100 untuk keselamatan Yamaha TMax daripada menjadi mangsa kecurian.
Yamaha TMax warna baharu boleh didapati disemua kedai pengedar Yamaha yang sah diseluruh negara bermula pada 12 Januari 2024. Pada keseluruhannya tiada perubahan pada bahagian enjin atau reka bentuk Yamaha TMax selain daripada penambahan 2 warna baharu tersebut
Yamaha TMax yang dipasang dalam negara (CKD) dibekal dengan enjin berkapasiti 562cc yang mengeluarkan kuasa maksimum 47.6Hp @ 7,5000rpm dan tork maksimum 55.7nm @ 5,250rpm, disertakan dengan casis ringan untuk kawalan yang lebih mudah dan lancar. Paparan TFT bersaiz 7inci canggih dan berwarna menjadikan Yamaha TMax antara yang terunggul dan terbaik dalam kelasnya.
Antara ciri ciri yang ada pada Yamaha TMax:
– Paparan TFT bersaiz 7inci canggih dan berwarna
– Lampu depan dan belakang LED
– Penghadang angin boleh laras(elektrik)
– Sistem suspensi USD depan dan penyerap hentakan tunggal belakang
– Skrin TFT 7 inci boleh bersambung dengan hand phone menggunakan Bluetooth
– Tempat duduk dan hendel ada pemanas.
Berat – 218kg
Tangki – 15 liter
Top speed – 180Kmj
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.yamaha-motor.com.my
Comments
Loading…