in

TUDIAAA MODENAS VULCAN S ABS MAI DAH! Harga Dari RM36,500.

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS” atau Syarikat), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini mengumumkan harga ‘Sports Cruiser’ terbaharunya, Modenas Vulcan S (ABS).

Abjad ‘S’ pada nama Vulcan menampilkan enjin berkembar 649cc dengan sejukan cecair, dua silinder sebaris, yang turut terdapat dalam Ninja 650, dengan talaan kuasa linear maksimum 44.7 kW dan tork maksimum 62.4 Nm. Dengan kuasa tork yang tinggi, model ini bakal memberikan pengalaman tunggangan yang berkuasa. Sama ada untuk perjalanan ulang-alik harian ke tempat kerja atau menikmati perjalanan sehari, Vulcan S pastinya memberi keyakinan dalam setiap perjalanan.

Tidak seperti model lain, Vulcan S berbeza dengan sistem “Ergo Fit” yang menggunakan bar pemegang, tempat duduk dan tempat letak kaki dengan tiga kedudukan yang berbeza untuk menjadikan motosikal itu dibina untuk semua saiz penunggang. Sebagai tambahan, model lain mempunyai perbezaan yang ketara untuk saiz tayar, tetapi Vulcan S dipadankan dengan roda hadapan 18 inci dan roda belakang 17 inci, yang hampir dengan model “sports”, untuk anda merasai pengendalian yang lincah.

Terima kasih kepada gravitinya yang rendah, Vulcan S membolehkan penunggangnya mengambil selekoh dengan yakin dan mudah. Lampu depan segi tiga terbalik memberikan rupa moden dan sporty. Di atas lampu hadapan terletak meter yang merangkumi takometer analog, manakala semua maklumat lain ditunjukkan pada paparan LCD berbilang fungsi yang menggunakan lampu LED biru untuk memberi penglihatan yang baik pada waktu malam.

Dengan ketinggian 705mm, tempat duduknya amat selesa untuk penunggang. Walaupun Vulcan S ini mempunyai berat 229kg yang agak besar, motosikal ini mudah dikendalikan dan sangat selesa semasa menunggang. Walaupun dalam keadaan berhenti, motosikal ini terasa sangat ringan dan mudah untuk membuat pusingan.

“Ini antara model Kawasaki yang telah lama dinantikan oleh pelanggan di luar sana. Ia adalah motosikal yang dibina untuk semua saiz, peringkat umur dan bukan itu sahaja, tetapi model itu juga mengalu-alukan penunggang lama dan baru ke dalam segmen ini tanpa menjejaskan dompet mereka,” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif, MODENAS.

Kesimpulannya, Vulcan S bakal memberikan impak yang hebat. Model ini didatangkan dengan dua warna dan harga berbeza, iaitu ‘Metallic Flat Spark Black’ yang dijual pada harga RM36,500 dan ‘Pearl Matte Sage Green’ pada harga RM37,200. Kedua-duanya boleh didapati di semua bilik pameran Kawasaki Dealer menjelang akhir Mac 2023.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari kedua-dua laman web rasmi MODENAS dan KAWASAKI di https://modenas.my/v2/ dan http://www.kawasaki.com.my/home atau boleh hubungi di Talian Bebas Tol 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline +6019-570 8135.

@majalahkapcaimalaysia

Modenas Vulcan S 650 ABS Kini Dilancarkan!#modenas#kawasaki #vulcans #vulcan #fypシ゚viral

♬ original sound – majalahkapcaimalaysia – majalahkapcaimalaysia

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KELAB DEWI YAMAHA KINI DILANCHARKAN OYEAHHH!

Harga Bermula RM22K, Royal Enfield Hunter 350 Kini Di Malaysia!