Walaupun hanya seminggu bersama Yamaha XMax V2 namun Abah rasa sangat berpuas hati dapat menikmati keseronokan menunggang XMax250 sejauh lebih 1200 kilometer. Abah sempat menunggang XMax menempuh perjalanan yang pelbagai jenis bentuk jalan raya seperti laluan dalam bandar, luar bandar, berbukit, lebuh raya dan jalan-jalan yang banyak selekoh. Walau apa jenis permukaan laluan, Xmax mampu menempuhi dan beraksi dengan baik dan lincah seperti Sang Kancil memperdaya Buaya Pedacher.
Dengan berat badannya sekitar 180 kilogram, ‘anak gajah’ ini boleh memecut dengan pantas dan bergerak dengan cukup stabil ketika menunggang diatas hiway walaupun ditunggang pada kelajuan maksima (full gas) dan ketika memotong kenderaan besar (berat). Begitu juga ketika mengambil selekoh diatas hiway, pada kelajuan tinggi(130kmj) Abah tetap rasa konfiden kerana XMax250 tetap stabil dan tidak berbuai buai. Saspensi Stendet yang ada pada Skoot Maxi ini amat Senmperrr dan Menyenmperrrkan Nohhh!(Senmperrr adalah daftar hiasan dan gubahan kata-kata ciptaan terbaharu dalam kamus Kapcai, dan ianya membawa maksud Terpaling Hebat Tidak Terkalahkan).
Yamaha XMax250 mampu memecut sehingga 145 sejam (tegak tanpa tunduk). Kelajuan maksima ini sudah cukup memadai dan sesuai bagi sebuah skuter yang memiliki enjin yang berkapasiti 250cc. Kelajuan 125 – 135 kmj adalah kelajuan yang Abah rasa sangat sesuai dan rasa sedap ketika menunggang Yamaha XMax diatas hiway. Bagi mereka yang suka berjalan jauh atau berulang alik ke tempat kerja yang agak jauh (100kilometer sehala) seperti Ayer Keroh – Kuala Lumpur atau Karak – Kuala Lumpur atau Tanjong Malim – Kuala Lumpur, Yamaha XMax250 adalah pilihan yang tepat dan amat sesuai untuk mereka.
Ride santai mendaki puncak Genting Highland yang berbukit padat dengan konar konar tajam sambil menikmati keindahan alam semula jadi bersama Yamaha XMax 250 sangat mengasyikkan kerana Yamaha XMax250 dipasang dengan fork telescopic dihadapan dan penyerap hentakan berkembar dibahagian belakang yang berkualiti tinggi.
Penunggang tidak begitu terasa sangat gegaran (melambung) apabila terlanggar lubang lubang kecil atau ketika melanggar bonggol yang banyak terdapat dilaluan menurun dari Genting Highland. Walaupun melalui laluan dilokasi berbukit yang agak menegak, Yamaha XMax250 tidak menghadapi masalah kerana masih mampu bergerak dengan lancar dan lincah. Terpulang kepada kemahiran dan kecekapan penunggang jika ingin beraksi dan mempamerkan skil yang terpendam ketika mengambil selekoh dilaluan ini. Terasa “kacang jer” untuk sampai ke puncak Genting Highland yang memiliki ketinggian mencecah 1800 meter dari paras laut. Semakin lama bersama Yamaha XMax terasa semakin serasi dan mudah “mengawal” dan menunggangnya, seperti mudahnya menunggang sebuah motorsikal kapcai 150cc. Iya lah.. pada mulanya Abah merasa kekok dan merasa sukar menunggang XMax250 kerana berat dan besar.
Yamaha Xmax250 yang memiliki reka bentuk yang menarik dan seksi menjadikannya sebuah skuter yang kini menjadi idaman ramai jejaka. Dengar cerita daripada kawan kawan yang ingin membeli XMax250 mereka terpaksa menunggu sehingga 3 – 4 bulan untuk memiliki skuter ini. Jadi segeralah ke kedai menjual motorsikal Yamaha berhampiran untuk membuat tempahan Yamaha XMax250.
Ketika berhenti dilampu isyarat merah anda dan XMax250 pasti menjadi tumpuan dan jelingan daripada Raida2 kapcai yang pasti ingin mencuba test power Yamaha XMax250. Abah nasihat kepada rakan kapcai jangan cuba cuba nak test power dengan XMax kerana anda pasti akan tinggal jauh dibelakang apabila lampu merah bertukar kepada warna hijau. Yamaha XMax250 dengan kuasa maksima 22.5hp akan meluncur padu meluru kehadapan walaupun memiliki size yang besar dan berat.
Disamping reka bentuk yang menarik, tempat duduk yang lebar dan tidak menyakitkan bontot ketika perjalanan jarak jauh memberikan keselesaan yang maksima kepada penunggang dan pembonceng untuk ride perjalanan jarak jauh. Dengan tangki petrol yang mampu diisi sehingga 13 liter, Xmax250 boleh bergerak tanpa henti(kelajuan bawah110kmj) sejauh lebih kurang 300 kilometer!.
Ruang tempat simpan barang dibawah tempat duduk mampu menyimpan sebuah helmet, baju hujan, pakaian harian dan lain lain barang keperluan jika penunggang ingin melakukan perjalanan jarak jauh untuk beberapa hari. Terdapat dua kotak tempat menyimpan barang terletak dibawah kiri dan kanan hendel, (satu berkunci, ada pot pengecas hand phone) yang boleh meyimpan barangan kecil seperti dompet, glove dan hand phone. Begitu juga jika menunggang diwaktu malam terutamanya dilaluan luar bandar yang tidak memiliki lampu jalan, penunggang tidak perlu risau kerana lampu utama hadapan XMax250 dipasang dengan lampu LED yang mampu menerangi laluan yang gelap.
Ketika menunggang pada kelajuan tinggi, penunggang tidak perlu merasa risau jika ingin melakukan pembrekkan secara mengejut jika berlaku kecemasan kerana XMax250 dilengkapi dengan sistem brek anti kekunci(Abs) pada bahagian hadapan roda dan brek cakera tunggal dibahagian belakang yang mampu memberhentikan motorsikal secara mengejut dengan cekap dan tepat.
Kesimpulannya skuter Yamaha XMax250 yang dijual dengan harga sekitar RM24 ribu (tanpa insuran) sangat sesuai untuk dimiliki oleh semua peringkat umur terutamanya kepada mereka yang mahu nampak bergaya, ada-ada dan macho.
Comments
Loading…