Pertama kali dipaparkan di media sosial, jentera berbadan unik berkiblat ‘Edvencher’ ini teros memukau jiwa2 Turing Raida. Bila ianya dipamerkan di sebuah acara motorshow, dipasangkan dengan kotak2 kembara di kiri kanannya, disaat itu makin bertambah ghairah keinginan untok mencobanya Nohhh!
Selepas dilancharkan beberapa bulan selepas acara motorshow itu, dan pada hari pelancharan itu pulak Gua tak dapat hadir, terasa diri ini begitu rugi sangat2. Iya lah, dah la kita dok ushar lama dah, tup2 dihari ianya dilancharkan secara rasmi, kita pulak tak dapat hadir. Apa buleh buat, takdak rezeki nak hadir time tu Nohhh!
Tapi rupanya ketidakhadiran Gua di majlis perasmian itu diganti dengan suatu acara yang lain, dan acara tersebot nampaknya lebeh best daripada acara perasmian Joyeahhh! Acara yang Gua maksodkan itu adalah acara test ride jentera Aveta Ranger Max 130 di Sendayan X Park, Negeri Sembilan. Acara test ride di Sendayan itu Gua join, dan dapatlah merasa sendiri pengalaman meng’Ride’ jentera Edvencher yang paling hot diperkatakan ditahon 2023 tuh.
Selang seminggu lepas test ride di Sendayan (test ride dalam trek motokross), Gua dapat kontek dari Aveta Motor Sdn Bhd. Dorang tanya nak test lagi tak Ranger Max 130? Heh! Gua rasa soalan itu memang amat ditunggu-tunggu lah sebab memang Gua berhasrat nak bikin long distance test ride. So, pendek cerita Gua on ambik sekali lagi Aveta Ranger Max 130 untok long distance dari Shah Alam ke Perlis Indera Kayangan.
Maka, inilah review yang menghampiri kesempurnaan mengenai Aveta Ranger Max 130.
Gua menggolekkan tayar dari Shah Alam sekitar jam 10.30 pagi, dan tiba di RnR Rawang sekitar 11.15am. Di Rawang Gua ‘topap’ minyak full tank, sekitar RM 12 gitu. Tatkala itu tangki 8.5 Liter jentera ini penoh menerpu. Meter perjalanan menunjokkan 795.5KM. Bab meter motor nih agak kureng best sikit sebab takde meter Trip Perjalanan. Kalau ada meter trip perjalanan senang kita nak set jarak perjalanan kita dari satu tempat ke satu tempat. Meter motor nih hanya ada Odometer yang menunjokkan jumlah keselurohan perjalanan. So, kita kena kira cara manual lah Nohhh!
Dari Rawang, dengan kelajuan 90KMJ (dok main antara 80-90KMJ), jentera nih memang ‘smooth’, lembot aja dia pegi. Tapi kalau kita full Throttle sambil tundok G, time tu akan rasa motor sikit goyang. Mungkin badannya yang takdak unsor aerodinamik, mungkin padanan tayar jagong bersaiz agak kecik di belakang (tayar belakang size 16 inch) dan depan yang bersaiz 18 Inch, atau mungkin jugak ianya goyang sebab Gua nyanyi lagu dangdut masa tu? Tapi yang nyatanya, jentera ini sangat sedap bawak pada kelajuan 80/90KMJ. Santai Janji Sampai.
Dari Rawang, Gua hanya stop di RnR Simpang Pulai, untok membuktikan bahawa Gua maseh anggota Geng Juboq Besi yang sah. Untok jarak sekitar 140-150KM tu, Gua dapat lagi satu kekurangan pasal jentera nih yaitu bahagian seat/tempat dudoknya. Span tempat dudok terlalu lembot, dan bila lama2 kita dudok ianya dah jadi macam leper, macam papan. Memang sebelom ride akan terasa syok pegang seat tu sebab lembot sangat, tapi bila dah dudok atas tu dalam sejam gitu, haaa… mula lah nak nyanyi lagu Ziana Zain Madah Berhelah.
Dari Simpang Pulai Gua teroskan perjalanan, masok terowong Menora dan sempat park sekejap kat mulot terowong untok bikin fotoshoot. Mungkin inilah Aveta Ranger Max yang pertama bergambar di mulot terowong Menora keh keh! Selepas melewati RnR Sungai Perak dan selepas lebeh kurang 10 KM dari situ, Gua tengok meter minyak dah tinggal 1 Bar, dan kebetolan pulak Gua malas nak bawak minyak spare, so Gua singgah RnR Bukit Gantang untok ‘Topap’ minyak. Dalam tangki masa tu ada lebeh kurang satu liter lebeh lagi, dan kalau gamble buleh lagi lajak sampai Gunong Semanggol. Tapi disebabkan nak terkentot time tu, maka Gua singgah lah Bukit Gantang. Selepas siap topap minyak dan kentot tiga das tanpa bunyi, Gua meneroskan perjalanan. Ada info mengatakan bahawa ada beberapa kenderaan di RnR itu mengalami kerosakan aircond time tu. Heran gak.. Takkan sebab ‘angin iblyss’ Gua tadi?
Dari Bukit Gantang, perjalanan diteroskan hingga RnR Guron, dan waktu tu dah malam dah. Di Guron tu Gua topap minyak sikit (dalam RM 5 kot) dan meneroskan perjalanan ke kampong Padang Keria Sanglang Perlis. Sampai dirumah sekitar jam 11 malam, dan meter menunjokkan 1217KM, bermakna Gua telah melalui lebeh kurang 460KM perjalanan (dari Shah Alam-Padang Keria Perlis). Untok perjalanan sejauh lebeh kurang 460KM ini, jentera Aveta Ranger Max 130 menggunakan minyak sekitar RM25 sahaja, dan pada kelajuan 80-90KMJ sahaja. Kalau lari lebeh dari itu, mungkin minyak jugak akan kena belanja lebeh sikit.
Okay, Gua nak tidoq dulu. Esok kita sambong review jentera ni sebab esok Gua nak bawak pi ‘ragas’ (panjat) Bukit Emas, Pauh Perlis.
Keesokannya…
Pagi itu cuaca best sangat, tapi masok pukol 10 pagi awan mula tidak tenteram. Dari rumah Gua (sebelah laut) nak ke Bukit Emas Pauh tapak event tu (sebelah darat/timor) lebeh kurang 20KM, dan dari kejauhan nampak macam hujan ditapak event. Tapi apa ada hal, kita bawak motor Edvencher kot, redah aja lah kan? Pendekkan cerita, sampailah Gua kat tapak event dan hujan tarak setitek pon. Gua rasa macam dah kena scam dengan awan dah pagi tu heh! Sampai disana acara sedang ranchak, berjabu kawasan trek tuh dengan mesin2 berbagai jenama. Kehadiran Aveta Ranger Max 130 agak menjadi perhatian, tapi Gua tak parking la kat area tu sebab nak poyo. Gua ride mundar mandir, buat2 macam pelancong masok kampong. Memang ramai mata yang memerhati, dan Gua ambik keputosan untok berenti sekejap, buat2 beli ayer minoman.
“Motor apa ni bang?”
“Wuihhh..hang tengok mutu nih.. macam dalam Tiktok tu!”
“Baru beli ka Bang?”
“Lawa jugak nohhh.. berapa harga?”
“Gena bang, top speed dapat berapa?”
“Mutu ni awat tak masok race dalam tu sekali?”
“Oooo.. besaq jugak tangki dia ni.. jauh dak buleh pi?”
“Abang ni kumpulan Wings kan? Nak buat konsert kat sini ka malam ni?”
Itulah beberapa soalan yang sempat Gua ingat masa ditapak event. Dalam masa yang sama mata Gua tertumpu kat puncak Bukit Emas tu. Dok kata dalam hati, apa kata kalau terai ‘ragas’ bukit tuh. Nak tengok lagu mana dia punya lasak. Alang2 test kita test betol2, baru orang ramai dapat pencerahan sebenar Nohhh! Gua tanya dua tiga orang remaja kat situ, salah sorang tu memang Gua cam sangat muka dia. Dia ni kalau ada event race motokross area Arau atau Pauh, memang kompom ada, dan mudah nak cam muka dia sebab unik sikit. Budak2 tu kata laluan naik ke atas puncak bukit tu terputos. Depa tak berani nak naik. Maka, Gua buat keputosan untok redah secara solo lah naik bukit tu.
Gua meredah laluan yang memang seperti dikatakan oleh budak2 tu, termasok Syed Lengkung yang Gua temui sebelom Gua ‘ragas’ bukit tu. Kata Syed (Syed Lengkung adalah salah sorang Pendiri trek Bukit emas tu) jalan nak naik bukit tu dah lama tak dilalui dan semak bin samon! Takpa, nak test punya pasal, kita on Nohhh! Sampai aja kat kaki bukit tuh, memang laluan tu maseh ada lagi sikit2 bekas laluan lama, tapi semaknya memang takbleh bawak bincang. Tapi untok dapatkan ‘view’ terbaik punya pasal, disamping nak test keupayaan jentera Aveta Ranger Max 130 tu, Gua redahkan jua Nohhh!
Disaat raider2 Cubcross sedang bertarong di trek, Gua pon bertarong jugak mendaki bukit penoh pancaroba tu. Laluan semak samun berjaya direntasi, dan akhirnya berjumpa dan berdepan dengan laluan yang dikatakan terputus tuh. Jalannya jadi gitu akibat hakisan air hujan. Nasib baik ada sikit ruang untok ‘melintas’ jalan yang terputus tu. Dan ternyata jentera ni sangat senmper untok mengharongi cabaran itu, walaupon agak kritikal dengan kerikil dan batu2 sebesar enjin Kanchil.
Selepas setel laluan terputus tu, berdepan pulak dengan batu2 sebesar penumbok Sapok Biki yang berselerakan, dan situasi ini adalah dalam darjah kecuraman yang agak mendebarkan. Alhamdulillah, tanpa Gua perlu turon dari jentera, Gua dapat mendaki ke puncak dengan jayanya. Kalau bawak kapcai biasa, rasanya kena turon dan tolak la motor tu sebab kompom akan sangkot bahagian enjin sebab laluannya yang buleh tahan jugak ekstrim agression. Ok, nampaknya Aveta Ranger Max 130 sudah lulos cemerlang dalam ujian tersebot Nohhh!
Diatas puncak bukit, aksi2 ‘resing’ lebeh jelas kelehatan. Pemandangan kat atas tu toksah cerita lah, memang ‘healing’ tahap tertinggi Nohhh! Sebelom naik situ, Gua dah bungkos siap2 nasik kandaq. Siap pasang flysheet ala kadar, bukak kerusi lipat healing, bukak nasik kandaq yang berbungkos tu- dan apa lagi? Tarbohhh lah hingga titisan kuah yang terakhir Joyeahhh!
Ralit sunggoh lepak kat atas tu sampai lupa dah pasai ‘resing’ kat bawah. Dah la tu, hujan pulak mai sekitar jam 3.30pm, lagi lah leka dok layan sejok. Tau2 dengaq DJ kata nak jalan race terakhir untok kategori MX250. Nohhh! Baru tersedar dari ‘healingmunan’, baru nak kalot kemas barang dan bergegas turon bawah. Masa nak turon perjalanan agak sedikit lancar, mungkin sebab kondisi menuron dan Gua pon dah cam dah laluan masa naik tadi. Alhamdulillah perjalanan turon bukit jugak selamat dengan membawak reba dan cebisan semak samun yang tersangkot dibawah footrest motor tu heh!
Setel snap dua tiga keping gambaq racing, Gua gerak balek rumah. Tapi dalam perjalanan tiba2 teringat nak lajak ke Kuala Perlis. Iya lah… motor ni kena bawak tayang kat orang Kola jugak, bagi depa karan Nohhh! Gua lintas ke Seberang Ramai dan menuju ke Kampong Warna Warni dan seterosnya ke tepi pantai Pulau Ketam. Rupanya kat situ dah happening, siap ada gerai2 makan sepanjang pantai tu Nohhh! Ini amat baguih la untok menayang motor Aveta Ranger Max keh keh. Sengaja Gua bawak slow2 agar orang ramai dapat memerhatikan keanggunan Aveta Ranger Max.
Ada satu grup motor turing (motor besar) dok lepak situ, semua pakat tumpu tengok kat Gua. Terasa macam artis Tiktok pulak masa tu Nohhh! Gua lalu jalan pantai tu sampailah ke tembok sempadan Malaysia-Thailand, dan seterosnya ke terosan Bukit Puteh (mini Grand Canyon Perlis). Kat situ pon ramai manusiawi, dengan macam2 aksi, ada yang lepak2, ada yang fotografi pengantin dan ada yang berkayak. Joyeahhh! Perlis sudah meriah Nohhh!
Okay, setel sudah test ride Gua dengan Aveta Ranger Max 130, sebuah jentera yang Gua buleh kasi dua ibu jari untok kategori Adventure Touring versi Kapcai. Berikot beberapa pro dan kontra mengenai jentera ini mengikot perasaan Gua yang bergelumang dengannya hampir sepuloh hari.
Kontra:
1. Kushen/seat terlalu lembot. Geng Juboq Besi pon akan terasa penderitaan. Elok ditambahkan lagi span bagi tinggi sikit.
2. Takdak meter penunjok perjalanan/Trip.
3. Tak laju, Top Speed sekitar 118KMJ (Tundok G)
4. Tempat letak kaki depan agak lembek. Kasar sikit akan bengkok.
Pro :
1. Full Tank boleh jalan sejauh 240KM dengan kelajuan 80-90KMJ.
2. Lampu terang benderang diwaktu malam.
3. Ekzos walaupon melintang naik ke atas, tapi tak panas, hanya suam2 gitu aja.
4. Ringan dan mudah kendali di laluan offroad.
5. Rekabentok yang sememangnya unik, sentiasa jadi perhatian ramai.
6. Enjin yang sangat similar dengan jenama H, tak usah runsing dengan spare parts, anytime anywhere buleh dapat.
7. Rack belakang sudah tersedia, hanya beli base plate dan boks saja. Amat direkemen jenama GIVI.
8. Harga mampu milek.
Okay, itulah serba sedikit mengenai Aveta Ranger Max 130, dan kepada yang maseh teragak2 nak beli atau nak tunggu dulu tu, dengan ini Gua kasi rekemen kat Lu Orang semua. Cepatlah beli dan kompom puas hati untok Turing kategori ekonomi Joyeahhh!
Comments
Loading…