in

SUZUKI RAIDER J CROSSOVER 115Fi

Ronda2 sekitar Pak Bara Thailand, lepas tu terlajak ke satu pekan bernama Langu. Belek2 sekitar pekan tuh, ternampak satu kedai motor atau dealer Suzuki. Saja la singgah nak tengok motor kat kedai tuh dan ternampaklah jentera Suzuki Raider J Crossover nih.

Menurot penjaga kedai, jentera ni dilancharkan secara rasmi di Thailand pada penghujong 2022, dan ianya direka khas untok kegunaan Dual Purpose. Tengok pada design, dah tentulah ia berkiblatkan Cubcross. Jentera nih jugak direka dengan agak ringkas dan sederhana, gear pon hanya 4 kelajuan saja. Nasib baiklah sistem ‘jantong’nya mengikot kemodenan (pakai Fuel Injection). Part lain2 memang agak berkonsepkan ala2 skrem retro.

Ada 3 warna pilehan yaitu Merah, Biru dan Kuning. Enjinnya dikuasakan dengan 112.8cc SOHC, Fuel Injection dengan 9.1 HP pada 7,500RPM dan 9Nm pada 6,500RPM. Transmisi 4 kelajuan dengan berat hanya 97KG, disertakan dengan tangki 4 liter. Bab brek pulak, disk hanya kat depan saja, brek belakang pakai brek dram saja.

Suzuki Raider J Crossover 115Fi sudah agak lama dipasaran Filipina, dan dah setahon di Thailand. Adakah ianya akan masok ke Malaysia? Entahlahhh…

SUZUKI RAIDER J CROSSOVER 115Fi Specs:

Make:Suzuki
Model:Raider J Crossover
Engine:4-stroke, single cylinder, SOHC air-cooled 115cc EFI
Transmission:4-speed constant mesh
Max Power:11 Ps @ 7,500 rpm
Max Torque:9 Nm @ 6,500 rpm
Frame:Steel underbone-type
Wheelbase:1,224 mm
Seat Height:775 mm
FR Suspension:Telescopic
RR Suspension:Dual spring shock absorbers
FR Brake:Disk
RR Brake:Drum
Wet Weight:97 kg
Fuel Capacity:4 liters
Price :59000THB

@majalahkapcaimalaysia

SUZUKI RAIDER J CROSSOVER QL125Fi Thailand.#thailand #fypシ #suzukiraider #suzukiraidercrossover#kapcai #majalahkapcaimalaysia #majalahkapcaitv

♬ original sound – majalahkapcaimalaysia – majalahkapcaimalaysia

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

RIEVO – Produk Terkini Sensasi Untuk Raida Delivery Dan Turing!

CUBCROS MERIBOT TAUFAN DI BENDANG GERSANG SEMPENA PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2023!