in

SHIFTBOSS: Pulas Throttle Takyah Tarik Klac Dah!

Dijual Dengan Harga Termurah Bermula RM399 Sahaja!

FSR Technology, perekacipta ECU TuneBoss memperkenalkan produk terbarunya; ShiftBoss, sistem Quickshifter “standalone” untuk motosikal. Quickshifter adalah alat yang membolehkan penukaran gear dengan pantas tanpa menarik klac pada motosikal manual.

Inilah wajah2 anak lokal berjiwa elektronik mekanikal turbolaizer disebalek penciptaan segala gadjet keluaran TuneBoss. Tahniah Anak Muda!

ShiftBoss jenis “standalone” ini merupakan evolusi beberapa jenis sistem quickshifter yang telah dikaji dan dibangunkan oleh FSR selama 10 tahun. Setiap versi baru memperbaiki prestasi dan ketahanan produk. R&D bermula dengan versi butang kendalian tangan pada tahun 2013, diikuti dengan versi “contact switch” yang dibawa ke pasaran pada tahun 2015. ShiftBoss berasaskan sensor tanpa sentuh yang terkini telah dilancarkan pada November 2021. Walau bagaimanapun, semuanya adalah modul tambahan untuk produk utama FSR, iaitu TuneBoss ECU .

Dengan ShiftBoss “standalone”, FSR Technology berharap dapat menembusi pasaran yang lebih luas berbanding ECUnya yang perlu dibuat khusus untuk setiap model motosikal. Quickshifter terbaru ini agak bersifat ‘mesra pasang’ untok kebanyakkan jentera2 Kapcai dan Big Bike yang ada dipasaran Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali menjelaskan, “Disebabkan reka bentuk kit Quickshifter yang lebih universal, pada masa ini kami telah mengenalpasti 20 motosikal daripada beberapa jenama yang boleh dipasang dengan ShiftBoss, termasuk semua model yang boleh memasang ECU kami iaitu Yamaha FZ150i, Y15ZR, Y16, MT15, R15, R25, Honda RS150, CBR150 dan SYM VF3i. Selebihnya ialah Yamaha MT-07, Suzuki Raider R150, GSX-S150 dan R150, SV650, V-Strom 650, KTM RC690, Duke 390, Modenas Pulsar 200. Senarai ini semakin bertambah.”

Kit ShiftBoss datang lengkap untuk digunakan dengan empat bahagian utama, ‘Modular Mounting Bracket’, sensor “contactless”, modul kawalan dan satu atau dua modul nyalaan, bergantung kepada jenis motosikal.

“Menggunakan sensor ‘contactless’, ketahanan produk shifter kami lebih baik kerana sensor ini kalis air sepenuhnya. Ia juga tiada bahagian suis yang boleh haus akibat geseran atau karat. Sensor ini juga jauh lebih mampu milik berbanding sensor jenis “load cell” yang selalu digunakan pada quickshifter lain. Sistem braket pemasangan universal kami yang inovatif membolehkan pemasangan sensor pada kebanyakan reka bentuk ‘footrest’ tanpa modifikasi.” kata Farhan

“Kami juga belajar daripada pengalaman menghadapi peniru rekabentuk quickshifter lama. Sistem terbaru ini sudah didaftarkan untuk mendapatkan perlindungan harta intelek.” tambahnya

ShiftBoss akan berada di pasaran seawal Februari 2023 dengan harga jualan bermula dari RM399 untuk motosikal yang menggunakan satu modul nyalaan, dan RM599 untuk versi dengan dua modul nyalaan.

Teros Rock N Ride Bersama TuneBoss!

Farhan, dalang sebenar dalam penciptaan ECU dan Quickshifter TuneBoss! Sememangnya begitu Syulit Lupakan Farhan, Apa lagi barang TuneBoss nya baikkkk…

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KEKAL WASPADA KESELAMATAN BERSAMA, HATI HATI DIJALANRAYA

AVETA VZR250 KINI MASOK PASARAN MALAYSIA OYEAHHH! RM 14,998 Ajerrr…