in

PROTON MENDERMA HASIL KRAFTANGAN KEPADA MUZIUM SUKAN ASIA HANGZHOU.

Sebagai penyokong yang kuat Sukan Asia Hangzhou dan aktiviti sukan Malaysia, pembuat kereta nasional PROTON telah memainkan peranan aktif dalam membantu membina sokongan untuk acara ini melalui aktiviti budaya yang membantu memupuk pemahaman antarabangsa dan penghargaan terhadap budaya-budaya lain. Usaha ini telah dicapai pada 22 September 2023 apabila PROTON bersama wakil-wakil sukan Malaysia dan Kumpulan Geely Holding, menyampaikan koleksi kraftangan budaya kepada Muzium Sukan Asia Hangzhou.

Sebagai Kenderaan Rasmi untuk Sukan Asia ke-19, PROTON memainkan peranan penting dalam menghubungkan acara berprestij ini dengan Malaysia. Selain sektor automotif, PROTON menunjukkan semangat kesukanan dengan meluaskan penglibatannya dalam pelbagai aktiviti promosi Sukan Asia di Malaysia. Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, menyatakan, “Kami berazam untuk berkongsi intipati bangsa dengan seluruh dunia dengan menghayati dan menghargai warisan kita yang kaya. Melalui sumbangan hasil kraftangan budaya ini kepada Muzium Sukan Asia, PROTON menyumbangkan kepada pembinaan hubungan antara negara-negara yang seterusnya membawa kepada perpaduan dalam Sukan Asia ke-19 ini.’

Hasil kraftangan yang terpilih untuk memenuhi makna yang penting ini dikumpul dari beberapa negeri di Malaysia. Sebagai sebahagian dari kempen “Asian Games Nation Drive”, PROTON menjelajah seluruh Malaysia, menjalin hubungan dengan atlet tempatan di samping mengumpul barang-barang ini. Keunikan hasil kraftangan bukan sahaja memperkayakan intipati Sukan Asia tetapi juga mengisahkan dengan jelas semangat kebudayaan, cara hidup dan sejarah yang kaya di Malaysia yang merangkumi aspirasi kepelbagaian rakyat Malaysia. Kini hasil kraftangan akan menjadi hiasan di Muzium Sukan Asia Hangzhou, mempamerkan kepakaran kraftangan Malaysia kepada penonton global dan meningkatkan pertukaran budaya serta semangat Sukan Asia.

Semasa acara tersebut, Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) menyambut mesra dan menyatakan rasa bersyukur di atas penyerahan Malaysia yang menyentuh hati. Mereka yakin bahawa acara ini akan terus mengukuhkan pertalian persahabatan di antara China dan Malaysia, mendorong kerjasama mesra di kalangan negara-negara Asia, mempromosikan pertukaran budaya, dan menekankan hubungan rapat antara sukan dan budaya. Selain itu,

penyampaian ini tidak hanya melambangkan pertukaran budaya yang unik, memperkuatkan semangat Sukan Asia, tetapi juga memaparkan keunikan daya hidup baru ke dalam keakraban persahabatan dan kerjasama di kalangan negara-negara Asia.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CUBPRIX PUSINGAN KE 7: HADIAH BUAT KAMPUNG HALAMAN !

CUBPRIX : ADIB MEMBURU TEMPAT KETIGA TERATAS