in

PELUMBA DAN ALUMNI KEJUARAAN PETRONAS MAM MALAYSIAN CUB PRIX DI RAI DI MAM AWARDS NIGHT 2024

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix terus membuktikan peranannya sebagai platform utama pembangunan bakat dalam arena permotoran negara apabila pelumba dan
alumni kejuaraan ini menerima pengiktirafan tertinggi di MAM Awards Night 2024, yang berlangsung di M Resort Hotel Kuala Lumpur.

Bintang BOON SIEW HONDA RACING TEAM, Muhammad Helmi Azman, dinobatkan sebagai AEON Credit National Rider of the Year, mengiktiraf kejayaannya di pentas perlumbaan tempatan dan antarabangsa. Helmi, yang tampil cemerlang dalam Kejuaraan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia (Moto2), MAM Malaysia Superbike Championship (MSBK600), serta IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship (SS600), terus membuktikan keunggulannya sebagai antara pelumba terbaik negara.

Turut menerima penghormatan ialah bekas pelumba Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix, Hafizh Syahrin Abdullah, yang dianugerahkan International Rider of the Year atas pencapaiannya di peringkat Asia dan dunia. Hafizh kini bersaing dalam IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship (ASB1000) serta FIM Endurance World Championship (EWC).

Sementara itu, bekas juara Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix dan kini pengendali AS25 Academy Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman, menerima anugerah
Malaysia Motorsports Icon. Pengiktirafan ini diberikan atas sumbangan besarnya dalam membangunkan bakat baharu menerusi pasukan kendaliannya, yang turut beraksi dalam
Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix, selain kejayaan cemerlang dalam IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship (ASB1000) dan MAM Malaysia Superbike Championship (MSBK1000).

Majlis anugerah ini, yang disokong oleh AEON Credit Service (M) Berhad sebagai penaja utama, turut mengiktiraf pencapaian individu, pasukan, dan organisasi yang telah memberi impak besar kepada sukan permotoran Malaysia. Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix berbangga dengan kejayaan para penerima anugerah ini dan akan terus komited dalam melahirkan lebih ramai pelumba berbakat yang mampu mengharumkan nama negara.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

WARNA DAN GRAFIK TERBARU YAMAHA YZF-R15M 2025

BERHARGA ASAS RM5.6K, MODENAS KRISS 125i KINI MENUNGGU UNTOK DIPINANG!