Pasukan JETRON Yamaha YYPang Racing Team telah menjalankan majlis pelancaran pasukan mereka baru-baru ini untuk musim ke-30 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.
Pasukan ini yang merupakan salah sebuah pasukan yang terlama di arena sukan permotoran Cub Prix juga telah mengumumkan pihak penaja mereka untuk musim ini iaitu Hi Jet Marketing (M) Sdn Bhd yang merupakan pengedar minyak pelincir berjenama Jetron.
Majlis tersebut merakamkan kehadiran En. Goh Bee Thong, Pengarah Urusan Hi Jet Marketing (M) Sdn. Bhd, En. Lee Chan Wee, Ketua Pemasaran Hong Leong Yamaha Motor, En. Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn. Bhd, En. Pang Yok You, pengasas dan pemilik pasukan dan En. Gary Pang, Penyelaras Pasukan Jetron Yamaha yang telah bersama-sama melancarkan upacara penoh bersejarah tersebot.
Menurut En Pang Yok You ataupun lebih dikenali sebagai “Sifu”, “Kami amat bergembira dengan kolaborasi bersama produk Malaysia berjenama Jetron yang telah berada dalam pasaran selama 20 tahun. Jetron sentiasa terlibat dalam penyelidikan dan pengeluaran minyak pelincir berprestasi tinggi untuk semua jenis enjin di Malaysia dan kualitinya setanding dengan jenama antarabangsa terkenal yang lain. Kami berharap bahawa dengan kolaborasi ini, lebih ramai rakyat Malaysia mahupun penyokong-penyokong dari negara-negara Asia Tenggara akan mengenali jenama keluaran Malaysia ini.”
Dalam pada itu juga, pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team juga telah memperkenalkan bakat terbaru mereka iaitu Muhammad Sharul Ezwan yang akan bersaing di kategori CP150. Sharul yang berumur 18 tahun ini telah menimba pengalaman dari Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori Wira KBS, Malaysia Superbike Championship (MSBK) bagi kategori MSBK600, European Talent Cup, Asia Talent Cup dan MSF Supermoto.
Menurut Sharul, “Saya amat berterima kasih kepada pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team kerana dipilih untuk mewakili pasukan ini bagi kategori CP150. Pasukan ini amat berpengalaman dalam Cub Prix dan saya yakin, bersama mereka, saya dapat membina suatu masa depan yang kukuh dalam sukan permotoran. Sejak kecil lagi, saya telah mengenali pasukan ini dan ia memberikan saya motivasi untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk mendapat tempat di podium.”
“Saya berasa teruja dan tidak sabar untuk berlumba di kategori CP150. Memang kategori ini amatlah mencabar lebih-lebih lagi dengan para pelumba yang amat berpotensi dan berpengalaman. Namun begitu, saya telah bersedia untuk persaingan bersama-sama pelumba-pelumba lain di kategori ini.”
Bersama Sharul dalam kategori perlumbaan ini adalah Muhammad Idil Fitri dan Tengku Amirul Haffiruddin yang akan bersama-sama memberikan saingan yang lebih hebat kepada barisan pelumba CP150 yang sedia ada.
Moga Tim Jetron YY Pang Racing Teros Mara Mengoncang Litar Cubprix tahon ini Nohhh!
Senarai pelumba pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing 2023:
KELAS CP150:
1. Tengku Amirul Haffiruddin
2. Muhammad Sharul Ezwan (Juan)
3. Muhammad Idil Fitri
KELAS CP125:
1. Shafiq Ezzariq
2. Khairi Asyraf
3. Fareez
Comments
Loading…