in

MODENAS TANDATANGAN MOU BERSAMA GIATMARA UNTUK PROGRAM TVET

Memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS atau Syarikat), anak syarikat DRB-HICOM Berhad dan GIATMARA Sendirian Berhad (GIATMARA) hari ini, di Universiti Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Kuala Lumpur (UniKL MIAT).

Majlis yang berlangsung bersama gergasi industri utama lain seperti Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) dan UMW TOYOTA – UMW INDUSTRIES (UMW), disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di mana program itu bertujuan untuk mempergiatkan pendidikan kemahiran, bakat dan pembangunan usahawan serta melaksanakan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menandatangani bagi pihak MODENAS pada majlis itu ialah Encik Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS dan Ts. Ahmad Hamdi Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA.

Tujuan MOU itu juga adalah untuk membangunkan tenaga kerja mahir dan meningkatkan ketersediaan modal insan terlatih, dengan mengambil pelajar kejuruteraan automotif dari Institut Kemahiran Mara (IKM) dan GIATMARA, kerana kemahiran graduan teknikal mereka adalah dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri.

Kerjasama ini bukan sahaja dari segi penyediaan kemudahan sahaja. Malah, MODENAS juga melangkah lebih jauh dalam menyediakan input dan nilai tambah yang bernilai ke dalam kurikulum, dengan mewujudkan keusahawanan dan melaksanakan program “Training of Trainer” (ToT) untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kecekapan jurulatih dan pelatih GIATMARA secara keseluruhan. Program sebegini dilihat dapat menggalakkan lagi pertumbuhan komuniti yang
berkemahiran, berdaya saing, dan berpendapatan tinggi.

Sebagai salah satu perintis dalam industri motosikal tempatan, MODENAS mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan yang keutamaan diberikan dengan berkongsi kepakaran industri, sumber dan kemudahannya yang akan memberi manfaat kepada seluruh industri permotoran dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan. Tambahan pula, ini bukan kali pertama kerjasama sebegini diperkukuh antara MODENAS dan GIATMARA, dan saya percaya melalui inisiatif ini, pelatih GIATMARA akan lebih mudah dipasarkan dan mudah diterima dalam industri,” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PASUKAN JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM MENGUMUMKAN KOLABORASI DAN BAKAT BARU.

CUBPRIX 1st Round: KEMENANGAN PERTAMA BAGI SHAHROL SYAZRAS