in

MODEL TOURING DAN SUPERBIKE KAWASAKI KINI MENUNGGU DI BILIK PAMERAN TERPILIH! LETS ROCK N RIDE !

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS atau Syarikat), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) baru-baru ini telahpun mengumumkan harga bagi 4 model Kawasaki dari segmen touring dan superbike di acara Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2022.

Kesemua motosikal ini telah sampai ke bilik pameran terpilih dan tempahan juga boleh dibuat bermula hari ini. Berikut merupakan butiran model-model tersebut:

Model: Ninja 1000SX
Warna: Emerald Blazed Green
Harga: RM 71,400.00

Model: VERSYS 1000 SE
Warna: Emerald Blazed Green
Harga: RM 81,900.00

Model: Z900RS
Warna: Metallic Diablo Black
Harga: RM 63,800.00

Model: Ninja ZX-10R KRT EDITION
Warna: Lime Green (Edisi KRT)
Warna: RM 112,600.00

Nota: Kecuali bagi model VERSYS 1000SE, ianya akan mula berada di bilik pameran terpilih pada pertengahan bulan Disember 2022.

NINJA 1000SX: “SPORTS TOURER” YANG TELAH DI NAIK TARAF- “Best of Both Worlds”.

Model Ninja 1000SX menandakan empat generasi kejayaan bagi jenama Kawasaki dalam segmen “Sports Touring” yang membolehkan penunggangnya menikmati kedua-dua mod tunggangan sukan dan touring dalam posisi yang santai.

Model ini dilengkapi dengan:
•Enjin 4-silinder selari bersasaran 1,043cc dengan suntikan bahan api digital.
•Unit ukuran inersia BOSCH (IMU) yang dipertingkatkan
•Pekej barangan elektronik sokongan

VERSYS 1000SE: BILA-BILA MASA DI MANA JUA- ‘Adventure Calling’.

Lebih selesa dan versatil, menunggang seorang mahupun berdua, di sekitar selekoh atau serata dunia, dengan gabungan enjin 4-silinder selari yang ditala khas dan gabungan sistem suspensi dinamik, model Versys 1000SE kini lebih fleksibel dan responsif, yang pasti akan membuat si penunggang tersenyum lebar.

Model ini dilengkapi dengan:
•Enjin 4-lejang, 4-silinder selari, sejukan cecair dan bersasaran 1,043cc.
•Sistem klac Assist and slipper
•Injap dwi pendikit
•Kawalan Pelayaran Elektronik
•Sistem quick shifter Kawasaki

Z900RS: PENGHORMATAN KEPADA MODEL LEGENDA- “True Spirit”.

Penantian kemasukan Kawasaki ke dalam segmen retro berakhir dengan adanya model Z900RS serba baharu ini. Kelahiran model Z900RS sebagai tanda hormat Kawasaki terhadap model lagenda Z1. Dengan padanan enjin sejukan cecair, 4-silinder selari bersasaran 948cc menjadikan ia unik dalam kategorinya.

Model ini dilengkapi dengan:
•Enjin sejukan cecair, 4-silinder selari bersasaran 948cc
•Sistem klac Assist and slipper
•Sistem suspensi belakang mendatar

Ninja ZX-10R: PUTERA MAHKOTA WSBK-‘Face Yourself’.

Dengan enam kali gelaran juara dalam acara World Superbike (WSBK), Ninja ZX-10R telah membuktikan prestasi yang cemerlang, memberi penunggangnya menikmati tiap tunggangan sambil menguji kebolehan kemahiran mereka ketika dilitar balapan.

Model ini dilengkapi dengan:
•Enjin DOHC 4-silinder selari bersasaran 948cc yang menggunakan penyejukan minyak
•Komponen suspensi gantungan bebas SHOWA
•Unit ukuran inersia BOSCH (IMU) yang dipertingkatkan
•Sistem brek BREMBO berspesifikasi premium.

Untuk melihat kesemua model-model ini dengan lebih dekat lagi, pengguna boleb kunjungi pusat pameran terpilih dan eksklusif Kawasaki seperti di bawah:

•EANG CHUN MOTOR SDN BHD: No. 69, 71, 73 & 75, Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur.

•SERDANG MOTORCYCLE SDN BHD: Lot 460 & 461, Jalan 18/2a, Taman Sri Serdang 43300 Selangor.

•CHEAR MOTOR (SHAH ALAM) SDN BHD: No. 42A, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15 Shah Alam 40200 Selangor.

•GHEE HUA CO. SDN BHD: Lot 66, Section 15, KTLD, Jalan Green, Kuching 93250 Sarawak.

•SOUTHERN MOTORWORLD ENTERPRISE: No. 30, Jalan Impian Senai Utama, Taman Impian Senai,, Kulai 81400 Johor, Malaysia.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi KAWASAKI di pautan, http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi Talian Bebas Tol KAWASAKI di 1-800-880-008 atau WhatsApp KAWASAKI Careline di +6019-570 8135.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

WARNA BARU YAMAHA Y16ZR DENGAN HARGA TERKINI

NI HSIN GROUP LANCAR DUA MODEL MOTOSIKAL EV EBIXON TAILG