in

KONVOI MOTORSIKAL PERLU MAKLUM KEPADA JPJ DAN POLIS – KP JPJ.

Konvoi lebih dari sebuah motosikal perlu menghantar senarai peserta dan motosikal yang terlibat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim memaklumkan perkara ini dalam majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023 anjuran Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. yang diadakan di Seremban hari ini.

Menurut Datuk Zailani Hashim, senarai tersebut akan memudahkan pihak Polis atau JPJ untuk memeriksa maklumat setiap peserta konvoi samada memiliki lesen yang sah, memiliki lesen mengikut cc motorsikal yang betul (B2 atau B) di samping memastikan peserta memiliki insurans dan lesen menunggnag yang sah serta belum tamat tempoh.

Anggota Polis dan JPJ akan ditempatkan di lokasi yang akan ditetapkan untuk memantau keadaan bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

NotaEditer: Amacam geng? Apa pendapatan? Okay ka? Gua tanya nih…

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KELAB MOTORSPORTS BAHARU BERSERTA PELUMBA MXGP YANG BERBAKAT BESAR DITAJA OLEH MM CENTURY.

KEKAL WASPADA KESELAMATAN BERSAMA, HATI HATI DIJALANRAYA