in

KEJOHANAN CUBCROSS TERTUTOP ZON UTARA 2023: Aksi Hujong Tahon Penoh Sensasi!

Ini mungkin penutop ‘resing’ Cubcross di Perlis bagi tahon 2023. Kejohanan Tertutup Cubcross Peringkat Zon Utara 2023 ni pada rancangan awalnya-seperti tajok asal-hanya tertutop bagi Raida2 dalam negeri Perlis sahaja. Tapi dia punya ‘karan’ sudah menyambar adrenalin rakan2 negeri sebelah, maka nak tak nak penganjor terpaksa lah jugak bikin acara ni jadi Terbuka Nohhh!

Perlis Dirt Rider, sebuah kelab motor lasak Perlis telah menjadi tunjang utama dalam penganjoran acara ini. Syed Lengkung dan kawan2 dalam kelab itu adalah penggerak yang haros diberikan kredit dalam penganjoran event ini. Depa memang istiqomah dalam sukan motor lasak ini dan kami amat berharap akan ada lagi dan lagi dan lagi acara sebegini di Perlis selepas ini Nohhh!

Lokasi acara jugak amat unik, siap ada satu bukit (tapak kuari lama) yang amat sesuai untok bikin campsite. Dari puncak bukit (Bukit Emas) kita akan dapat view trek cubcross dan secara langsong dapat view ‘negeri Perlis’. Ya! Dari puncak bukit itu kita akan dapat lihat dengan jelas 3 ‘tiang’ merah puteh di Sungai Baru Perlis (storm), Ladang Tebu, Kilang Simen Bukit Keteri, Kangiaq dan macam2 lagi lah. Naik la sendiri bukit tu kalau ragu2 dengan cerita Gua ni heh!

Hari Sabtuday 23 Disember Gua turon tapak event ni dengan meng’Ride’ Aveta Ranger Max 130. Jentera berkiblatkan ‘Edvencher’ tu memang senmper sangatlah untok lokasi ala2 offroad. Sesampai disana sekitar jam 11am, dah menderu menderam dah jentera2 Cubcross bersaing sesama sendiri. Kebetolan terserempak dengan Syed Lengkung, katanya saringan maseh tak setel lagi masa tu. Risau jugak takot ‘timing’ lari katanya. Gua bagitau dia Gua nak daki puncak bukit Emas tu, nak layan tengok race dari atas. Dia kata laluan untok ke atas puncak semak samun. Gua kata no problem, kita redah aja dengan Aveta Ranger Max ni haha! Baru buleh test kelasakannya Nohhh!

Di kawasan tapak acara memang meriah. Banyak kelab2 motorkross yang hadir ‘sapot’ acara ni. Ada la dua tiga orang muka2 lama yang Gua perasan, tapi muka2 baru, tim2 baru nampaknya lebeh ramai. Ini satu penanda aras bahawa sukan ini sentiasa mempunyai ‘followers’ yang tak pernah terputos sanad.

Gua meredah laluan yang memang seperti dikatakan oleh Syed Lengkung, semak bin samon! Memang laluan tu maseh ada lagi sikit2 bekas laluan lama, tapi semaknya memang takbleh bawak bincang. Tapi untok dapatkan ‘view’ terbaik punya pasal, disamping nak test keupayaan jentera Aveta Ranger Max 130 tu, Gua redahkan jua Nohhh!

Disaat raider2 Cubcross sedang bertarong di trek, Gua pon bertarong jugak mendaki bukit penoh pancaroba tu. Laluan semak samun berjaya direntasi, kini berdepan pulak laluan yang terputus jalannya akibat hakisan air hujan. Nasib baik ada sikit ruang untok ‘melintas’ jalan yang terputus tu. Dan ternyata jentera ni sangat senmper untok mengharongi cabaran itu.

Selepas setel laluan terputus tu, berdepan pulak dengan batu2 berselerakan, dan situasi ini adalah dalam darjah kecuraman yang agak mendebarkan. Alhamdulillah, tanpa Gua perlu turon dari jentera, Gua dapat mendaki ke puncak dengan jayanya. Kalau bawak kapcai biasa, rasanya kena turon dan tolak la motor tu sebab kompom akan sangkot bahagian enjin sebab laluanya yang buleh tahan jugak ekstrimnya. Ok, nampaknya Aveta Ranger Max 130 sudah lulos cemerlang dalam ujian tersebot Nohhh!

Diatas puncak bukit, aksi2 ‘resing’ lebeh jelas kelehatan. Permandangan kat atas tu toksah cerita lah, memang ‘healing’ tahap tertinggi Nohhh! Sebelom naik situ, Gua dah bungkos siap2 nasik kandaq. Siap pasang flysheet ala kadar, bukak kerusi lipat healing, bukak nasik kandaq tang berbungkos tu, apa lagi? Tarbohhh lah hingga titisan kuah yang terakhir Joyeahhh!
Ralit sunggoh lepak kat atas tu sampai lupa dah pasai ‘resing’ kat bawah. Dah la tu, hujan pulak mai sekitar jam 3.30pm, lagi lah leka dok layan sejok. Tau2 dengaq DJ kata nak jalan race terakhir untok kategori MX250. Nohhh! Baru tersedar dari ‘healing’, baru nak kalot kemas barang dan bergegas turon bawah. Masa nak turon perjalanan agak sedikit lancar, mungkin sebab kondisi menuron dan Gua pon dah cam dah laluan masa naik tadi. Alhamdulillah perjalanan turon bukit jugak selamat dengan membawak reba dan cebisan semak samun yang tersangkot dibawah footrest motor tu heh!

Ditepi trek, sempat la juga Gua snap beberapa keping gambar dan tak lama lepas tu race pon tammat. Gua dapat info bahawa kategori MX250 tu dimenangi oleh Raida dari Siam.

Okay, mari kita ucapkan tahniah kepada semua Raida2 yang join race tak kira menang atau kalah, dan tahniah jugak kepada pehak penganjor. Kali ini acara ini mendapat sapot dari Majlis Belia Negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, RISDA serta beberapa lagi entiti dari kerajaan dan orang perseorangan.

Kita mengharapkan acara ini akan teros kekal diadakan dilokasi ini, dan kita merasakan ianya perlu dianjorkan dalam format siri atau pusingan. Atau boleh jugak di reserve siap2 sekurang-kurangnya 5 acara di trek ini untok tahon 2024. Dan jika dibuat lagi, amat baik kiranya disekalikan dengan acara Camping disitu sebab lokasinya amat2 cun dan senmper. Sumpah makan satey 3 cucok Nohhh!

Tahniah kepada penganjor, tahniah kepada pemenang, dan tahniah kepada semua yang ambik bahagian. InshaAllah jumpa di tahon depan pulak Nohhh!

Nota: Harap Kementerian Belia dan Sukan ambil berat dan sokonglah acara sukan lasak ini dengan padu. Sesunggohnya sukan lumba (on road dan off road) adalah sukan paling digilai anak muda tempatan. Tulis pi lah ayat nih walaupon dah tau depa tak baca pon. Tapi mana la tau kot2 ada orang2 berjawatan yang terbaca, buleh la lapor kat Menteri Sukan atau Timbalannya.

Gambar2 Dari FB : Sek Lengkung, Ruchadee Tates, Adam Thai.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

DISCOVER NUSANTARA DENGAN VESPA AKHIRNYA BERAKHIR GEMBIRA.

TEST RIDE DOMINAR 250: Sport Touring Paling Dominan 2023?