in

INILAH HONDA RS150R YANG PALING MAHAL DALAM MALAYSIA!

Lebeh RM40K Dihabiskan Untok Jadi Seperti Ini Nohhh!

Honda RS150R Milek Brader Kenzy Ng ini memang Merchik Padukang Gua Cakap Lu Bro! Ini jugak adalah salah satu TKS (Tim Kapcai Superbike) dan semestinya dibikin di bengkel SPD Racing Pulau Pinang.

Setelah dikurong dbengkel SPD Racing kira2 3 bulan, terhasillah sebuah Kapcai berkonsepkan mini SuperNaked bike nih. Bodikit telah ditukar kepada model Winner X punya, dan design Red Bull telah dipileh orang Kenzy sesuai dengan kandungan tenaga didalam ayer Red Bull tuh. Bila tengok aja jentera dia dengan design Red Bull, dia akan otomatik jadi bertenaga gitu yeahhhh!

Kenapa pileh modifikasi ala2 superbike nih? Menurot Kenzy, dia pileh modifikasi macam nih sebab dia minat bentok superbike dan dalam masa yang sama dia minat jugak naked bike. Maka, untok kasi kedua dua elemen tu ada kat motor dia nih, dia gabongkan keduanya sekali. Baru puas hati Nohhh! Dalam masa yang sama, Kenzy nak sebarkan ataupon nak bagitau kat Raider2 bahawa inilah semangat ‘The Art Of Two Wheel’. Okay bro, slogan The Art Of Two Wheel nih Gua setuju 100 % lah. Seni modified ni lah yang menjadikan jentera RS dia menjadi sebegini merchik. Kalau takdak seni tu, RS dia akan sama saja lah dengan yang lain2. Apa yang sedang Lu Orang tengok sekarang nih adalah Seni, dan tak ramai yang mampu untok buat karya seni macam ni.

Jom kita baca sikit apa benda yang dia dah tukar dan tambah kat jentera ni. Iya la.. Modifikasi nih bertaraf bangsawan tingkat tujoh, mencecah RM40K lebeh. Okay, inilah serba ringkas mengenai aksesori dan modifikasi jentera Honda RS150R nih:

1. Kepala jentera ni telah dimodified, diubah jadi ala2 bentok kepala jentera naked bike.

2. Coverset telah dikonvert kepada Honda Winner X.

3. Sistem kunci telah ditukar kepada sistem keyless.

4. Master Pump Brake dari Ducati

5. Fork USD dari Ducati

6. Brake Caliper dari BMW S1000

7. Sport Rim dari R1 model 2014

8. Swing Arm dari KTM RC8 (Terserlah keSenmperannya!)

9. Ekzos Akrapovic

10. Footrest Rizoma Kawasaki ZX10R

11. Monoshock YSS G-Racing

12. Caliper Belakang Brembo P34

13. Tayar Timsun 120/70 (D) 190/55 (B)

14. Rantai Regina 520

15. Enjin di Upgrade kepada Spec 65 ( 190cc )

Dalam banyak2 part nih, mana satu yang susah sekali nak dapat bro? Kenzy kata, fork jenama Ohlins Ducati Monster adalah part yang paling lama dia cari dan sangat susah nak dapat. Tapi disebabkan semangat dan keazaman yang tinggi, akhirnya dapat jugak part berharga tu Nohhh!

Kenzy buat masa nih adalah geng kelab SPD Racing Team dan bila ditanya adakah dia dah puas hati dengan modifikasi jentera dia nih? Ringkas saja dia jawab,” Akan di upgrade kalau dah bosan..”. Setelah dibikin seperti nih, mungkin Lu Orang tertanya tanya, akan dijual tak motor nih? Jawapannya adalah TIDAK! Seperti yang ditulis diatas tadi, ini adalah karya seni. Takkan mudah untok dijual kalau tidak kerana sebab2 yang mendesak Nohhh! Kepada pengeluar Red Bull, bolehlah sewa ataupon jempot jentera ni sebagai jentera hiasan kalau ada apa promotion event2 lepas nih.

Okay, semoga Kenzy saksess dan maju selalu dalam dunia permotoran, dan Lu Orang boleh tambah Kenzy sebagai kenalan Facebook dengan menaip : Kenzy Ng. Dia jugak boleh dikontek ditalian : 018 4646 036. Tudiaaaa.. Nombor telepon dia pon canggih Nohhh! Wasap lah dia kot2 nak tanya lebeh lanjot pasal jentera Kapcai Red Bull versi Super Naked ni Nohhh!

Rock N Ride!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SEMANGAT RETRO MIE ROCK KLASIK TEROS MEMBARA !

WARNA DAN GRAFIK TERBARU YAMAHA MT15 DAN MT25 KINI DIPASARAN !